Sekolah Kebangsaan Zainab 1 telah diasaskan pada tahun 1937. Pada waktu itu hanya dikenali dengan nama “Government Girls English School”. Tapak asal sekolah ini adalah di tapak bangunan SK Merbau sekarang. Pada tahun 1952, Raja Perempuan Zainab 1 iaitu Tengku Zainab bt Tengku Zainal Abidin (Raja Muda b. Sultan Muhammad lll telah memperkenankan supaya nama ditukar ke “Zainab English School”. Pada 9 Januari 1957, Zainab English School telah diperkenalkan sebagai “Zainab Secondary School” dan ‘National Type Primary School” dan mula ditadbir oleh guru besar masing-masing.
Pada tahun 1961, National Type English Primary School dipecahkan pula kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Zainab 1 dan Sekolah Rendah Kebangsaan Zainab 2 dengan berkongsi bangunan secara bergilir-gilir dalam dua sesi. Pada tahun 1977, SRK Zainab 2 telah mendapat bangunannya sendiri. Memandangkan jumlah pelajar yang semakin bertambah, pada tahun 1983, SRK Zainab 1 mendapat sebuah bangunan tambahan tiga tingkat yang mengandungi 10 bilik darjah, sebuah bilik guru dan pusat sumber.