Maklumat Asas dan Perihal Sekolah
SEKOLAH KEBANGSAAN CHINCHIN
SEKOLAH KEBANGSAAN CHINCHIN
Sekolah Kebangsaan Chinchin yang ada sekarang mempunyai dua nama sebelum ini. Pertama, bangunan asal sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Umum Chinchin yang telah dibina pada lebih kurang Tahun Masihi 1887 berhampiran Masjid Chinchin yang ada sekarang.
Bangunan kedua sekolah ini dikenali sebagai Chinchin Vernacular School dibina pada tahun 1926. Ia merupakan sebuah bangunan bertingkat, berlantai papan dan beratap genting. Pada 28 Ogos 1960 sekolah ini telah mendapat bangunan tambahan dengan menempatkan empat buah bilik. Pada 27 Disember 1987 sebuah blok dua tingkat didirikan.
Bertatahkan batu permata mewakili nama tempat asal sekolah. Obor melambangkan semangat yang kuat menyinari hidup berilmu. Seimbang dalam kemenjadian dalam akademik dan sukan serta sahsiah menjadi teras . Kuning warna diraja lambang kesetiaan kepada raja dan negara. Ilmu Suluh Hidup diangkat sebagai slogan warga sekolah.
Bendera SK Chinchin ini akan sentiasa dikibarkan sepanjang sekolah ini beroperasi. Menjadi teras kepada semangat dan kecintaan kepada sekolah. Selain itu juga, bendera ini melambangkan kebersamaan dalam hari setiap warga sekolah dan juga komuniti.
VISI Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI Melestari Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Sekolah Kebangsaan Chinchin berada di Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Terletak dalam daerah Jasin berhampiran dengan daerah Tangkak, Johor. Antara laluan terpenting persempadanan Melaka - Johor. Tarikan yang menarik bagi pemancing ikan air tawar kerana berdekatan dengan kawasan tasik yang dilengkapi dengan kemudahan 3 kem motivasi iaitu Kem Lambaian Danau, Kem Tasik Biru dan Taman Ekstrem Chinchin.