SEKOLAH KEBANGSAAN MERAGA BERIS

"PriSMe Cemerlang, Generasi Unggul"

selamat datang

Laman Web Rasmi
Sekolah Kebangsaan Meraga Beris (PriSMe)

BARISAN PENTADBIR SEKOLAH

yuzaimi bin yassin

GURU BESAR 

(PriSMe)

haslinda binti hasan

PEN. KANAN PENTADBIRAN

(PriSMe)


ROSILAWATI BINTI NGAH

GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

(PriSMe)

MOHD NAZRI BIN MOHAMAD

PEN. KANAN HAL EHWAL MURID

(PriSMe)



RUSNANI BINTI JOHARI

GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

(PriSMe)


mohd hasneeza bin hasan

GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

(PriSMe)


salina binti embong

GURU PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS

(PriSMe)



NOR SHAZLINA BINTI MOHD HUSIN

GURU PENOLONG KANAN SESI PETANG

(PriSMe)



Bangunan sekolah disiapkan dengan bantuan pihak tentera


Dari pintu hadapan sekolah

Sekolah Kebangsaan Meraga Beris kini 

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN MERAGA BERIS (PriSMe)

   Sekolah Kebangsaan Meraga Beris terletak 23.8 km dari Bandar Chukai, Kemaman dan 160 km dari Bandar Kuala Terengganu. Merupakan salah sebuah sekolah paling lama usianya di daerah Kemaman iaitu dalam tahun 1940-an. Pada tahun 1948, terdapat sebuah bangunan dengan bilangan murid yang sedikit. Untuk keselamatan, guni dicantum dan dipasang di sekeliling sebagai pagar sekolah.

   Pada tahun 1957, sekolah beroperasi dengan seorang guru besar iaitu Encik Che Wan Muda bin Che Wan Ngah bersama seorang guru akademik lelaki dan seorang guru agama lelaki. Pada waktu malam, keadaan sekolah dikawal oleh penduduk kampung bagi mengelakkan gangguan daripada warga Indonesia yang datang menceroboh. Terdapat satu bangunan kelas sahaja untuk murid tahun 1 hingga tahun 5, satu tandas perempuan dan satu tandas lelaki. Bangunan kelas dan tandas dibina daripada kayu. Kelas mereka dipisahkan dengan memasang tirai skrin. Bilangan murid kurang daripada 50 orang. Murid hanya belajar sehingga tahun 5 dan untuk menyambung ke tahun 6, murid perlu bertukar ke Sekolah Kebangsaan Kijal. Murid-murid belajar menggunakan papan selit. Murid membawa bekal makanan ke sekolah kerana tidak ada kantin.

   Pada tahun 1980, bilangan murid bertambah menjadi 85 orang. Sekolah diterajui oleh guru besar iaitu Cikgu Hashim bin Long bersama 3 orang guru lelaki dan seorang guru perempuan. Pada peringkat awal, bangunan kantin telah ada tetapi tidak beroperasi. Murid-murid membeli makanan daripada penjaja di sekitar bangunan sekolah. Terdapat seorang pengawal keselamatan untuk kawalan waktu malam sahaja dan seorang tukang kebun untuk menanam pokok dan menjaga kebersihan persekitaran sekolah. Kelas dan tandas dibersihkan oleh murid-murid. 

   Pada tahun 2007, melalui peruntukan naik taraf bangunan, sekolah ini bertukar wajah. Dalam proses menyiapkan bangunan sekolah, Naval Mobile Construction Battallion ( NMCB 7) bersama Jurutera Laut Diraja Malaysia dalam siri latihan tahunan maritim dua hala antara Amerika Syarikat dan enam negara Asia Tenggara turut membantu sebagai khidmat masyarakat.

   Kini, SK Meraga Beris tersergam indah dengan bangunan baru yang dipenuhi dengan semua kemudahan fizikal yang cukup. Terdapat bangunan untuk pembelajaran murid tahun 1 hingga tahun 6, bilik prasekolah, kelas PPKI, surau, kantin, bilik guru, pejabat, perpustakaan, bilik mesyuarat, padang, tandas, bilik kesihatan, makmal komputer, dewan terbuka, bilik Sains, bilik RBT, dan pondok pengawal. Tenaga pengajar terdiri daripada seorang seorang guru besar, 4 orang penolong kanan, 47 orang guru serta 7 orang kakitangan sokongan.


SENARAI NAMA GURU BESAR
1) Che Wan Muda bin Che Wan Ngah 19572) Che Wan Wahab bin Che Wan Idris         19603) Mohamad bin Mohamad Amin 4) Sulong bin Omar5) Hasim bin Long6) Sedek bin Embong 1987 - 19897) Tuan Zahari bin Tuan Long 1990 - 19958) Mamat bin Ibrahim 1996 - 19999) Mohd Yusof bin Muhamad 2000 - 200410) Mohd Ghazali bin Abdullah 2004 - 200811) Mohamed bin Awang         2008 - 201012) Che Hasim bin Mat         2011 -  201413) Rosnani bin Idris 2014 -  201514) Aminah binti Ismail                                   2015 - 201915) Mohd Saidi bin Embong 2019 - 202116) Yuzaimi bin Yassin 2021 - KINI

LOKASI SEKOLAH

LENCANA SEKOLAH

Simbol dan Maksud

PERISAI 

Kesediaan dan kesungguhan pelajar untuk mencapai dan mempertahankan nilai-nilai murni yang terkandung dalam matlamat pendidikan negara.

JALUR HITAM DI LUAR SEMPADAN PERISAI

Melambangkan Negeri Terengganu di mana sekolah ditempatkan.

WARNA KUNING

Melambangkan negeri yang beraja dan berdaulat sebagai tumpuan kesetiaan rakyat.

JALUR PUTIH YANG TERDAPAT DI ANTARA WARNA KUNING DAN BIRU

Melambangkan konsep ketuhanan yang perlu dihayati oleh semua pelajar di samping usaha mengejar kejayaan dalam bidang akademik.

WARNA BIRU

Melambangkan perpaduan dan suasana tenang di pinggir Laut China Selatan

DI TENGAH PERISAI TERDAPAT KOTAK BERSEGI EMPAT 

Melambangkan 'mortar board' sebagai tanda mercu kejayaan yang perlu dicapai oleh setiap pelajar dalam bidang akademik serta mempunyai disiplin dan sahsiah diri yang mulia.

LAGU SEKOLAH

Untuk mencapai cita

Kami kan terus berusaha

Melangkah dengan gagah

Menuju ke sekolah


Sekolahku yang tercinta

Di Meraga Beris letaknya

Guru yang dedikasi 

Mencurahkan bakti


Kami berjanji menumpahkan keringat

Belajar dan terus belajar

Berakhlak mulia amalan sentiasa

Panduan yang baik kami turuti


Untuk mencapai cita

Kami kan terus berusaha

Melangkah dengan gagah

Menuju ke sekolah


SKMB