PUSAT SUMBER SEKOLAH SMK BATU KAWA

Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan pusat perkhidmatan akses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan cetak, bukan cetak dan digital. PSS perlu diurus secara sistematik dan efisen bagi tujuan memupuk tabiat membaca, literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pengurusan Pusat Sumber Sekolah diwujudkan untuk memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi yang menepati piawaian dan terkini, diurus dengan cekap dan berkesan, dan digunakan secara optimum bagi meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.

1. Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai kemudahan fizikal dan infrastruktur

yang sesuai dan memenuhi fungsi dan peranannya.

2. Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi bahan yang menepati piawai

dan terkini.

3. Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan dengan cekap dan berkesan sesuai

dengan kemajuan teknologi maklumat masa kini.

4. Memastikan Pusat Sumber Sekolah sentiasa meningkatkan usaha untuk melaksanakan

aktiviti penggalakan membaca dan literasi maklumat dalam meningkatkan kualiti

proses pengajaran dan pembelajaran.

Objektif Pusat Sumber Sekolah

1. Menyediakan perkhidmatan dan sumber pembelajaran dalam pelbagai format bagi

membolehkan semua warga sekolah menjadi pengguna maklumat yang efektif dan

pemikir yang kritis

2. Menyediakan perkhidmatan secara bertanggungjawab, adil dan saksama kepada

semua warga sekolah

3. Meningkatkan tahap pencapaian murid dalam pembacaan, literasi maklumat,

pembelajaran, penyelesaian masalah dan kemahiran Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (TMK)

4. Melahirkan individu bestari yang mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat

Peranan Pusat Sumber Sekolah

· Pusat Ilmu

· Pusat Pengajaran

· Pusar Pembelajaran

· Pusat Profesional

· Pusat Hubungan Masyarakat

Fungsi Pusat Sumber Sekolah

1. Merancang dan mengurus perolehan bagi membina koleksi yang komprehensif, seimbang dan

kemas kini yang selaras dengan keperluan kurikulum dan memenuhi keperluan warga sekolah.

2. Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan akses maklumat bagi kegunaan individu atau

kumpulan.

3. Memberi panduan dan kemahiran kepada warga sekolah berkaitan proses carian, penghasilan dan

penggunaan maklumat.

4. Menyediakan kemudahan, peralatan dan bahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan berfungsi.

5. Menjalin perkongsian pintar dan rangkaian strategik dengan pelbagai agensi untuk meningkatkan

kualiti perkhidmatan.