3.3 MENCARI MAKLUMAT MENGGUNAKAN PENCARIAN BOOLEAN
1. Apakah itu enjin gelintar / carian?
Satu aplikasi atau program yang dibangunkan bagi membantu pengguna untuk mendapatkan maklumat, dalam sebuah jaringan besar seperti World Wide Web (www) dan rangkaian kecil seperti LAN (Local Area Network).
2. Cara Penggunaan
Carian yang lebih spesifik boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah pencarian Boolean.
Antara pencarian Boolean adalah menggunakan frasa AND, OR atau menggunakan simbol (“ “ atau *)
I. Pencarian Boolean menggunakan frasa AND (“ “)
Mengabungkan 2 atau lebih perkataan berbeza bagi memudahkan carian.
Mengurangkan paparan maklumat yang tidak betul, tidak berkaitan dan tidak tepat dalam sesuatu carian.
Contohnya adalah seperti kata kunci atau carian perkataan, Persatuan AND Tunas AND Puteri. Lihat gambar di bawah:
II. Pencarian Boolean menggunakan frasa OR (*)
Mendapatkan sekurang-kurangnya salah satu daripada kata kunci carian akan dipaparkan dalam keputusan carian.
Mendapatkan keputusan carian salah satu daripada kata kunci atau semua kata kunci yang ditaip.
Contohnya adalah seperti kata kunci ,Kolej Universiti.
Pengguna boleh mengabungkan setiap perkataan kata kunci dengan perkataan OR seperti Kolej OR Universiti
Berikut merupakan tutorial pencarian maklumat secara boolean: