PENGENALAN SUBJEK PENGAJIAN PERNIAGAAN
Pengenalan Subjek Pengajian Perniagaan
Subjek Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 mula diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam tahun 1999.
Sukatan pelajaran yang baharu mula digunakan pada tahun 2012.
Penggubalan semula Sukatan Pelajaran Pengajian Perniagaan ini mengambil kira perubahan yang hendak dilakukan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) terhadap sistem peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang sedia ada.
Melalui sistem peperiksaan yang baharu ini, pengajian tingkatan 6 dibahagikan kepada 3 penggal dan calon yang menduduki peperiksaan pada setiap akhir penggal.
Tujuan perubahan sistem peperiksaan baharu ini adalah untuk memperbaiki orientasi pengajaran dan pembelajaran di tingkatan 6 supaya tidak jauh berbeza dengan orientasi pengajaran dan pembelajaran di kolek dan universiti.
Kod kertas peperiksaan bagi subjek Pengajian Perniagaan ialah 946. Ia mempunyai 4 kertas peperiksaan iaitu Kertas 1[946/1] (untuk Semester 1), Kertas 2 [946/2] (Semester 2), Kertas 3 [946/3] (Semester 3) dan Kertas 4 [946/4] (Kerja Kursus yang dilaksanakan pada Semester 3).
Komponen Utama dalam Subjek Pengajian Perniagaan
Prinsip Perniagaan itu sendiri termasuk aspek-aspek penting berkaitan perniagaan di Malaysia.
Prinsip Pengurusan dan
Asas Keusahawanan
Matlamat Subjek Pengajian Perniagaan
Matlamat subjek Pengajian Perniagaan ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bagi membolehkan pelajar meneruskan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi atau ke peringkat kelayakan profesional dan menceburi kerjaya dalam bidang pengurusan, perniagaan atau keusahawanan.
Sumber Rujukan: Sukatan Pelajaran 946 Pengajian Perniagaan
PENGAJIAN PERNIAGAAN