DIARI PDP CHEKGU LK

Diari PDP Chekgu LK ini saya akan berkongsi kepada semua tentang sesi PdPc secara bersemuka termasuklah pembelajaran digital dan pembelajaran yang yang melibatkan PAK-21 dalam kelas saya sendiri bermula dari tahun 2022 memandangkan lembaran baru selepas sesi PdPR sepanjang pandemik COVID-19. Diharapkan perkongsian saya ini dapat membantu para guru yang lain untuk sama-sama berkongsi pendapat dan kemahiran bagi meningkatkan lagi mutu dan kualiti sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas selari dengan revolusi IR4.

BAHASA MELAYU TAHUN 4 

Perkongsian aktiviti kelas Bahasa Melayu Tahun 4 hari ini. Tajuk : Penjagaan Kesihatan Mata (buku teks m/s 24-25)

SP : 3.2.2

Kriteria kejayaan : Menghasilkan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 jawapan pemahaman berdasarkan soalan bertumpu.

Induksi - Murid secara bergilir susun puzzle (saya guna puzzle.org)

Gambar yang lengkap bawa murid untuk lebih bersyukur dengan teknik soalan dan bayangkan jika mata ditutup sebelah dan kedua-duanya. Kaitkan gambar mata dengan tajuk.

Saya paparkan buku teks digital kerana mudah saya tunjuk dan conteng. Saya jenis letak buku teks digital berkaitan di akaun anyflip sendiri.

Murid baca petikan, soal jawab tentang petikan untuk pemahaman. Kemudian ajak senaman mata.

Ajar teknik jawab menjawab soalan pemahaman. Saya selit beritahu tentang format soalan peperiksaan. Beri masa mereka jawab. (Menulis di buku tulis)

Papar google slide soalan pemahaman dari buku teks (saya pakai snipping tool paste soalan sebab malas taip )

Murid ada jawab taip di laptop,ada yg taip di telefon. Part ni ada murid cakap magik sebab tgk di dpn bergerak sendiri Padahal seorang tgh taip di fon.

Paparkan dan bincang jawapan.

#DiariPdpChekguLK


PSV TAHUN 6 

SK : 2.1 Kemahiran Seni Visual

Kriteria Kejayaan : 


Buku teks 12-13 : Tajuk Tingkap Damai

Murid dibawa ke luar kelas untuk membuat gambaran tentang pemandangan yang dilihat menggunakan "tingkap damai". Tingkap damai dihasilkan terlebih dahulu dalam kelas kemudian barulah keluar dari kelas untuk sesi pdp luar bilik darjah.

Murid bebas memilih pemandangan yang akan mereka gambarkan di buku lukisan masing-masing.

#DiariPdpChekguLK


BAHASA MELAYU TAHUN 4 

SP : 5.1.1(iii) Memahami dan menggunakan kata ganti nama mengikut konteks tidak formal


Kriteria Kejayaan : Murid dapat menggunakan sekurang-kurangnya 5 kata ganti nama diri dengan betul berdasarkan 10 soalan pentaksiran

Penggunaan Wheel of names untuk pilih murid jawab soalan. Murid yang agak pemalu secara automatik akan tampil menjawab soalan apabila nama terpilih dan murid yang menjawab soalan juga bukanlah orang yang sama berulang kali.


Penggunaan Kahoot sebagai medium pentaksiran kepada murid untuk penggunaan kata ganti nama diri

Pengayaan Tatabahasa : Kata Ganti Nama Diri

Ubah suai aktiviti buku teks m/s 20

#DiariPdpChekguLK



RBT TAHUN 4 

SP :

2.1.1 Menerangkan maksud reka bentuk berdasarkan contoh produk sedia ada

2.1.2 Mengenal pasti kepentingan reka bentuk dalam kehidupan. 


Kriteria Kejayaan : 


Penggunaan Plickers sebagai medium pentaksiran kepada murid untuk menguji pemahaman murid. Kod plickerd disediakan. Murid mengangkat kod jawapan mereka setiap kali soalan diajukan di paparan LCD. Guru akan membincangkan setiap jawapan yang diberikan sebelum beralih ke soalan yang seterusnya.

#DiariPdpChekguLK


RBT TAHUN 4 

Three Stray 1 Stay dalam RBT Tahun 4 | Strategi PdPc Abad ke-21 #PAK21

Pautan video :

https://youtu.be/fZ-oNOKyZME

Video ini menunjukkan sesi PdPc subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Tahun 4 yang menggunakan strategi pembelajaran abad ke-21 (PAK21) iaitu Three Stray One Stay. Strategi ini digunakan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam komunikasi dan kemahiran murid berfikir secara kritis dan kreatif di samping belajar menghargai pandangan dan hasil rakan mereka. Strategi ini digunakan bagi memastikan semua murid terlibat aktif dalam sesi pembelajaran.

#DiariPdpChekguLK

BAHASA MELAYU TAHUN 4 

Penyerapan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)

Tajuk PKJR : Kebolehlihatan

#DiariPdpChekguLK


RBT TAHUN 4 

Hari ni RBT Tahun 4 masih Unit 1 Keselamatan Bengkel. Try guna Google Jamboard murid guna fon kedua saya untuk gerakkan watak murid dan jawab soalan. Kemudian main peranan tak sempat gambar murid berkumpul di bawah sebab hendak pastikan keadaan mereka (mereka excited berlakon macam ada kebakaran ) 

Kemudian sambung aktiviti semula jawab soalan masih guna jamboard. Walaupun boleh mereka taip terus di laptop saja mo bagi biasakan diri klik guna fon. (Persiapan diri jika PdPR kelak). Soalan tu gambar ambil saja daripada buku teks. 

Lepas tu tonton video cara guna alat pemadam api kemudian jawab kuiz wordwall. Murid buat nota ringkas dalam buku tulis. 

#DiariPdpChekguLK