MODUL PEMBELAJARAN GEOGEBRA SM015/1
MODUL PEMBELAJARAN GEOGEBRA SM015/1
Nurul Syazwani bt. Omar
Khairunnisa Akmal bt. Abdl Azid
Kang Kooi Wei
Chow Choon Wooi
KOLEJ MATRIKULASI KEDAH
Kaedah Perkongsian Guru ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan pengajaran pensyarah dengan menggunakan perisian sumber terbuka selaras dengan era pengajaran dan pembelajaran digital. Seramai empat orang pensyarah terlibat dalam Kaedah Perkongsian Guru ini. Keberkesanan projek ini dianalisis dengan menggunakan soal selidik yang dilaksanakan terhadap 4 orang pensyarah dan 55 orang pelajar Kolej Matrikulasi Kedah Semester 2 Sesi 2019/2020. Alat kolaboratif projek ini adalah Perkongsian Amalan dan strategi yang dipilih adalah Kaedah Perkongsian Guru. Perisian GeoGebra telah digunakan untuk intervensi projek ini. Pendedahan penggunaan GeoGebra diperkenalkan kepada pensyarah terlibat. Modul pembelajaran GeoGebra ini dapat menangani masalah-masalah pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh para pensyarah dan pelajar. Hasil dapatan menunjukkan GeoGebra sangat bermanfaat kepada pensyarah dan pelajar. 100% pensyarah terlibat bersetuju bahawa kecekapan mereka dalam penyediaan pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan melalui Kaedah Perkongsian Guru ini. Pensyarah dapat menyediakan soalan Matematik dengan cepat seterusnya menjimatkan masa penyediaan soalan. GeoGebra dapat mewujudkan suasana pembelajaran kolaboratif dan interaktif. Sebanyak 94% pelajar bersetuju GeoGebra dapat mewujudkan pembelajaran kolaboratif manakala 92% pelajar bersetuju GeoGebra dapat mewujudkan pembelajaran interaktif. Untuk penambahbaikan bagi projek ini, kumpulan kami berharap dapat menghasilkan applet, animasi dan model 3D untuk pengajaran dan pembelajaran.
Kata Kunci: GeoGebra, Matematik, Kaedah Perkongsian Guru, kolej matrikulasi, pembelajaran dan pengajaran digital
EMPOWERING GOOGLE CLASSROOM TO ENHANCE STUDENTS’ LEARNING
Nurul Syazwani bt. Omar
Khairunnisa Akmal bt. Abdl Azid
Kang Kooi Wei
Chow Choon Wooi
Kedah Matriculation College
This teacher sharing session focusses on sharing the teaching strategy of integrating Google Classroom in teaching and learning which employs 21st century teaching techniques. Sharing the implementation of technology among lecturers in order to increase lecturers’ abilities to use Google Classroom in their teaching. This teacher sharing session also aiming every lecturer to produce Google classroom that can help students to revise their study. Sharing about technique to use Google Classroom is being carried out. This teacher sharing session use PDCA operational plan. Survey was carried out to investigate the effectiveness of implementing Google Classroom using Google Form. There are 49 students from Kedah Matriculation College involve in this project. The analyse shown that students are willing to use Google Classroom. 53% students are comfortable in using this application. Suggestions for improvement of this project, teachers are encouraged to create Kami assignment in Google Classroom using Kami extension. Besides that, teachers can integrate GoFormative in Google Classroom that allows teachers to give live assignments to students. Last but not least, teachers also can use Flipgrid with Google Classroom to make teaching and learning process more interactive and interesting.
Keywords: Google Classroom, teacher sharing session, DELIMa, Matriculation College, bring your own device (BYOD)