Dari Meja Ketua unit

PN NOR HAYATI BINTI ABU BAKAR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnianya laman tapak ini dapat diwujudkan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pensyarah yang telah bekerjasama dengan amat baik dalam usaha mewujudkan laman tapak ini untuk kegunaan bersama.

Unit Sains dan Matematik KV Gerik telah wujud sejak penubuhan Sekolah Menengah Teknik Gerik pada tahun 2000. Sejak penubuhan KV Gerik 2014, Unit Sains dan Matematik diterajui oleh seorang Ketua Unit Sains dan Matematik dan dibantu oleh dua orang penyelaras yang terdiri daripada Penyelaras Sains dan Penyelaras Matematik.

Pada tahun 2023, Unit Sains dan Matematik mempunyai seramai 7 orang pensyarah Matematik dan 6 orang pensyarah Sains yang sangat berdedikasi.

Saya berharap agar semua pensyarah Sains dan Matematik dapat menjayakan semua aktiviti yang dirancang pada tahun ini dalam usaha memastikan prestasi pelajar bagi matapelajaran Sains dan Matematik dapat dipertingkatkan.

Saya juga amat berterima kasih atas kerjasama yang baik daripada semua pensyarah Sains dan Matematik di atas segala sumbangan yang telah diberikan. Semoga usaha dan pengorbanan semua pensyarah dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan sentiasa diberkati Allah S.W.T.

Sekian, terima kasih.