Pernyataan Kualiti


VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

OBJEKTIF

Merancang, menggubal dan menyelaras program sukan, kokurikulum dan kesenian untuk membangunkan potensi ke arah melahirkan generasi yang berkemahiran tinggi, berbakat dan cergas;

Merancang dan menyelaras program sukan, kokurikulum dan kesenian di sekolah sukan dan sekolah seni seluruh negara;

Memastikan pelaksanaan program sukan, kokurikulum dan kesenian yang sedia ada mencapai piawaian yang ditetapkan;

Merancang, melaksana dan menyelaras program dan aktiviti sukan, kokurikulum dan kesenian di seluruh negara;

Merancang dan mewujudkan kolaborasi yang strategik dengan pelbagai pihak dan agensi pelaksanaan program dan aktiviti sukan, Kokurikulum dan kesenian;

Menjadikan Bahagian sebagai penandaaras program sukan, Kokurikulum dan kesenian dalam dan luar negara.

PIAGAM PELANGGAN


Kami, warga Unit Sukan & Kokurikulum dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami bagi melaksanakan Dasar Pendidikan Negara melalui program-program sukan, kokurikulum dan kesenian yang berkualiti di sekolah-sekolah melalui usaha-usaha berikut:


Memastikan semua murid berpeluang mengikuti kegiatan sukan, kokurikulum dan kesenian;

Mengenalpasti murid yang mempunyai potensi diberi peluang mengembangkan bakat mereka;

Menyediakan peluang kepada murid yang berprestasi tinggi untuk menyerlahkan kecemerlangan;

Meningkatkan profesionalisme personel Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian secara berterusan;

Memastikan semua permohonan aduan dan maklum balas diambil tindakan dalam tempoh tiga (3) hari waktu bekerja; dan

Memastikan pelanggan dan 'stakeholders' menerima layanan yang mesra, saksama dan mendapat bantuan sewajarnya.