KSKV BAHASA MELAYU SVM
KSKV BAHASA MELAYU SVM
Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) merupakan dokumen yang telah diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk panduan dan rujukan pelajar dan guru di Kolej Vokasional.
KV menggunakan KSKV di mana ia mengutamakan pembelajaran secara praktikal (hands-on) berbanding teori.
Pengiktirafan SVM oleh Lembaga Peperiksaan (LP) adalah setara dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Lulusan SVM juga akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3.
DSKP BAHASA MELAYU SVM
DSKP adalah singkatan daripada Dokumen Standard Kandungan Pembelajaran iaitu satu dokumen yang mengintegrasikan kurikulum dan pentaksiran. Dengan adanya DSKP ini guru dapat melaksanakan P&P dan dapat menjalankan pentaksiran dengan merujuk satu dokumen sahaja.
Unit Bahasa Melayu Kolej Vokasional Gerik menggunakan dokumen DSKP yang telah disediakan dan ditatarkan kepada semua guru-guru kolej vokasional seluruh Malaysia untuk melaksanakan pentaksiran berterusan (PB) di peringkat SVM.
BAHAN PENGAJARAN
Konsep bahan pengajaran ialah alat yang direka cipta untuk kegunaan murid dan guru yang berperanan sebagai sumber pembelajaran yang boleh membantu mereka memperoleh pelbagai fakta, kemahiran dan pendapat untuk membantu proses kognitif.
Guru-guru di bawah unit Bahasa Melayu menggunakan pelbagai bahan pengajaran seperti buku teks Bahasa Melayu dan modul-modul Bahasa Melayu yang menepati KSKV, lengkap dan sesuai untuk memudahkan pelajar menguasai topik-topik tertentu.