Untuk makluman, Laman Web Rasmi dalam proses pembangunan. Untuk sementara waktu, capaian ke atas laman web tertentu belum boleh di akses kesemuanya.
Objektif awal penubuhan KV Bintulu adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang bersahsiah, kompetitif, dinamik, produktif serta dapat menguasai dan memanfaatkan ilmu sains dan teknologi untuk kesejahteraan sejagat di samping memiliki ketrampilan teknologi yang menyumbang ke arah pencapaian taraf negara maju dan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.
Kolej Vokasional Bintulu pada asal penubuhannya bertujuan menawarkan kursus- kursus kemahiran dan teknikal kepada pelajar. Namun demikian, kursus-kursus kemahiran yang ditawarkan seiring dengan perubahan tenaga kerja di pasaran dan sejajar dengan transformasi pendidikan Negara. Terdapat 7 kursus yang ditawarkan pada awal penubuhan KV Bintulu iaitu Amalan Bengkel Mesin, Kaji Sawat Motor, KimpalanElektrik, Elektronik, Binaan Bangunan,Perdagangan,Stenograf. Kolej Vokasional Bintulu mengambil pengambilan pertama pelajar lepasanTingakatan 3 pada 1983 dan sesi pembelajaran dan pengajaran bermula pada April 1983. Bahasa Pengantar yang digunakan pada masa ini adalah Bahasa Inggeris sehinggalah pada tahun 1988 bahasa pengantar ditukar kepada Bahasa Melayu. Kini, pada tahun 2017, KV Bintulu menawarkan 10 program iaitu Teknologi Binaan Bangunan, Teknologi Elektrik, Teknologi Elektronik, Teknologi Automotif, Teknologi Kimpalan, Teknologi Pemesinan Industri, Fesyen dan Pembuatan Pakaian, Kosmetologi, Pengurusan Perniagaan dan Seni Kulinari.
1983
Dari awal penubuhan kolej ini pada 1983 yang pada awalnya dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Bintulu telah menawarkan kursus-kursus yang diajar dalam Bahasa Inggeris sebagai Bahasa pengantar utama. Pelajar-pelajar yang layak memohon untuk kemasukan ke sekolah ini hanyalah pelajar yang telah menamatkan Tingkatan 3 di sekolah aliran perdana dan telah menduduki peperiksaan awam. Pelajar-pelajar yang layak memasuki kolej ini berpeluang mengikuti kursus-kursus aliran vokasional dan perdagangan yang terbahagi kepada beberapa bidang kursus yang tertentu.
Antara bidang-bidang kursus aliran vokasional yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Amalan Bengkel Mesin
Kaji Sawat Motor
Kimpalan dan Fabrikasi Logam
Binaan Bangunan
Elektrik
Rawatan Radio, Televisyen dan Elektronik
Kursus Perdagangan yang ditawarkan ialah:
Stenografi.
Setiap kursus yang ditawarkan memerlukan masa pengajian selama dua tahun iaitu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Di akhir Tingkatan 5, semua pelajar Aliran Vokasional ini akan menduduki Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) dan Ujian Amali dari Lembaga Latihan Perindustrian dan Pensijilan Ketukangan Kebangsaan (LLPPKK) anjuran Kementerian Buruh dan pelajar Aliran Perdagangan akan menduduki Peperiksaan The London Chamber and Industry Syllabuses (LCCI). Sesi perlaksanaan peperiksaan ini adalah sama seperti pelajar lain di sekolah menengah aliran perdana yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia.
1988
Mulai tahun 1988, sejajar Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah di seluruh Malaysia, Kolej Vokasional mengalami aliran perubahan dalam penggunaan bahasa. Mulai tahun tersebut, semua kursus yang sebelum ini diajar dalam Bahasa Inggeris telah mengalami transformasi dan semua kursus telah diajar dengan mengunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama. Transformasi ini telah membawa kepada kelahiran Aliran Latihan Kemahiran dan Sistem Baru Pendidikan Vokasional telah diperkenalkan. Lantaran itu, kursus-kursus telah ditukar nama dan penambahan dalam bidang kursus yng ditawarkan di sekolah menengah ini.
Berikut merupakan kursus-kursus vokasional dan perdagangan yang ditawarkan semenjak berlakunya transformasi tersebut.
Kursus-kursus Vokasional yang telah ditawarkan ialah:
Amalan Bengkel Mesin
Automotif
Kimpalan dan Fabrikasi Logam
Binaan Bangunan
Elektrik
Elektronik
Kursus Perdagangan yang ditawarkan ialah:
Stenografi.
1993
Pada tahun 1998, semua Sekolah Menengah Vokasional di seluruh Malaysia telah dinaik taraf ke Sekolah Menengah Teknik. Aliran Teknik juga telah diperkenalkan buat julung- julung kalinya. 3 kursus baru telah diperkenalkan iaitu:
Pengajian Kejuruteraan Awam
Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
Satu lagi kursus Aliran Vokasional baru telah diperkenalkan pada tahun 1998 iaitu kursus Katering.
2005
Pada tahun 2005, kursus-kursus Aliran Kemahiran diperkenalkan iaitu:
Juru Elektrik Rendah (JER)
Juru Kimpal Arka (JKA)
Pemesinan Am (PSM)
2011
Pada tahun 2011 semua kursus Aliran Kejuruteraan telah dimansuhkan dan Sekolah Menengah Teknik Bintulu ditukar sekali lagi kepada Sekolah Menengh Vokasional Bintulu.
2012
Pada rahun 2012, transformasi Pendidikan Teknik dan Vokasional telah mengubah lanskap dan dasar pendidikan teknik dan vokasional di negara kita. Sekolah Menengah Vokasional Bintulu sekali lagi mengalami perubahan dan dijenamakan sebagai Kolej Vokasional Bintulu mulai tahun 2013 yang menawarkan kursus-kursus di peringkat Diploma Vokasional Malaysia kepada semua pelajar yang berjaya menamatkan program selama 4 tahun. Pembelajaran adalah mengikut sistem semester. Setiap program yang ditawarkan dihadkan kepada 30 orang pelajar sahaja pada setiap kali ambilan. Dengan penjenamaan semula ini, Kolej Vokasional Bintulu telah menawarkan program seperti berikut:
Teknologi Pemesinan Industri
Teknologi Automotif
Teknologi Kimpalan
Teknologi Pembinaan
Pengurusan Perniagaaan
Seni Kulinari
Teknologi Elektrik
Teknologi Elektronik
2014 - 2015
Pada tahun 2014, satu lagi program ditawarkan iaitu Fesyen dan Pembuatan Pakaian.
Akhir sekali pada tahun 2015, program Kosmetologi diperkenalkan. Secara kesimpulannya, Kolej Vokasional Bintulu menawarkan 10 program dan telah menerima kemasukan pelajar tahun 1 hingga tahun 4.
Senarai nama pengetua dari 1982 hingga kini