MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN DAN BACAAN IKRAR BADAN KEPIMPINAN TERTINGGI (BAKAT) SESI 2024/2025


Pada 12 September 2024 (Khamis) yang lalu, telah diadakan sesi penyerahan watikah pelantikan kepada Badan Kepimpinan Tertinggi (BAKAT) sesi 2024/2025  yang disempurnakan oleh Penolong Kanan Kokurikulum, Ustaz Nor Haizan Said — bertempat di Surau Ar-Ridhwan SMK Agama Kuala Selangor.


Sebanyak lapan BAKAT yang telah dilantik dalam majlis tersebut iaitu Majlis Perwakilan Murid (MPM), Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR), Majlis Perwakilan Kokurikulum Murid (MPKM), Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS), Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Exco Asrama, Jawatankuasa Kesihatan dan Pengawas Koperasi.


Di dalam majlis tersebut turut memberi penghargaan kepada BKP sesi 2023/2024 atas segala khidmat dan bakti sepanjang memikul amanah tersebut.


Signifikannya, pelantikan ini dapat membantu pihak sekolah untuk menguruskan pelbagai aktiviti sekolah, memantau pengurusan murid-murid di asrama atau menguruskan program kerohanian di surau sekolah. Hal ini sekaligus akan mewujudkan persekitaran yang lebih harmoni, tersusun, terjaga dan membina akhlak yang lebih baik di kawasan sekolah.


Abu Said al-Khudri RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:


مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ


“Sesiapa di antara kamu melihat sesuatu kejahatan, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan lisannya, dan sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan hatinya yang demikian itu (mengingkarkan dengan hati) adalah selemah-lemah iman.”


Sebagai kesimpulannya, marilah kita sama-sama mengambil iktibar dan ibrah melalui kisah Nabi Musa AS — memilih pemimpin, yang dirakamkan oleh Allah SWT dalam surah al-Qasas ayat 26,


قَالَتۡ إِحۡدَىٰهُمَا یَـٰۤأَبَتِ ٱسۡتَـٔۡجِرۡهُۖ إِنَّ خَیۡرَ مَنِ ٱسۡتَـٔۡجَرۡتَ ٱلۡقَوِیُّ ٱلۡأَمِینُ


Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: "Wahai ayah, ambilah dia menjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah".