e-KDT IPG merupakan pelaksanaan rintis Kursus Secara Dalam Talian yang dibina oleh pakar pedagogi dan kandungan Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kursus ini merupakan inisiatif kendiri yang merujuk kepada sebarang inisiatif atau aktiviti yang dilakukan sendiri oleh Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dalam usaha mereka untuk meningkatkan profesionalisme masing-masing.
Amalan ini bagi membudayakan pembelajaran terarah kendiri dan memberi autonomi pembangunan profesionalisme yang digerakkan melalui perancangan kendiri, kawal selia sendiri, penilaian kendiri dan peningkatan kendiri.
(Rujuk: Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 12 Tahun 2018: Garis Panduan Pelaksanaan Mata Kredit Pembangunan Profesionalisme Berterusan (MyPPB) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Kementerian Pendidikan Malaysia)