Program Nailul Amal Calon SPM 2023
Tarikh: 13 hb Oktober 2023 Masa: 8.30 pagi - 12.00 tengahari Tempat: Dewan Ibnu Sharif
Kehadiran pelajar : 27/30
Kehadiran Ibu bapa: 18/30
Pengenalan: Program Nailul Amal calon SPM 2023 telah diadakan bertujuan mengadakan dialog prestasi antara pentadbir, guru-guru mata pelajaran, ibu bapa dan calon-calon kategori Halus SPM 2023 yang telah dikenal pasti berdasarkan calon yang gagal 5 mata pelajaran dan ke atas.
Aktiviti: Aktiviti yang diadakan semasa dialog prestasi adalah:
sesi perbincangan mengenai prestasi pelajar mengenal pasti kelemahan dan faktor kegagalan pelajar menguasai mata pelajaran tertentu
membuat aku janji untuk membuat perubahan sikap
mendapatkan maklum balas dari ibu bapa dan penjaga untuk sama-sama membantu pembelajaran pelajar di rumah.
Dapatan:
Dapatan dari maklum balas ibu bapa dan penjaga dan cadangan penambahbaikan: Program ini sangat bermanfaat kepada para pelajar. 11 orang ibu bapa dan penjaga telah mencadangkan agar program seperti ini diadakan dengan lebih kerap agar mereka sentiasa mendapat makluman terkini mengenai pencapaian anak masing-masing. Ibu bapa memohon agar perjumpaan ini diadakan setiap kali selepas ujian/ peperiksaan dijalankan.