Kelas Rancangan Khas di SMK Raja Perempuan telah ditubuhkan seawal penubuhan Program Kelas Rancangan Khas di Negeri Perak iaitu pada tahun 1970. Pada awal penubuhannya, pelajar KRK SMK Raja Perempuan telah disediakan kemudahan asrama di sebuah bangunan di Jalan Taman Kinta. Pelajar KRK di sekolah ini telah mempunyai tempat penginapan yang lengkap dan sempurna selari dengan perkembangan dunia pendidikan negara. Kelas Rancangan Khas meliputi semua tingkatan bermula daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5 yang terbahagi kepada rancangan Khas Asrama dan Harian.Kecemerlangan yang ditunjukkan oleh pelajar Kelas Rancangan Khas amat membanggakan sekolah.