20 November 2023 - Majlis persaraan secara sederhana tetapi meriah diadakan di Dewan Canselor selepas perhimpunan pagi. Ketiga-tiga guru yang disayangi ini bersara pada bulan November iaitu Pn Chin Li Mei pada 21 November, diikuti oleh Pn Woo Sow Yin pada 23 November dan Pn Norepah Kasran pada 30 November. Warga PRuSAC mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa dan bakti guru yang diraikan dan mendoakan agar mereka terus diberikan kesihatan yang baik. Jasamu dikenang cikgu!
8 November 2023 - PRuSAC menerima lawatan penandaarasan penolong-penolong kanan tingkatan enam negeri Terengganu yang diketuai oleh Encik Mohd Khairil bin Mohamed, selaku Pengerusi Majlis Penolong Kanan Tingkatan Enam Negeri Terengganu. Perkongsian pintar tentang amalan kajian tindakan di PRuSAC disampaikan oleh Dr Sumathy a/p Subramaniam, selaku Setiausaha Kajian Tindakan PRuSAC. Sesi perkongsian seterusnya dari unit-unit mata pelajaranĀ iaitu Pn Durah Nujhan binti Zulkifli dari Unit Biologi diikuti oleh Dr Siti Zurina binti Maaruf dari Unit Sains Sukan. Sesi perkongsian kajian tindakan diakhiri oleh Unit Kaunseling yang disampaikan oleh Pn Fadzilah binĀ Yazid dan Pn Zaitul Iffa binti Jamaluddin..
31 Oktober 2023 - 25 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar semester 1 dan semester 3 telah dipilih sebagai duta sahsiah PRuSAC bagi tahun 2023.Ā
30 Oktober 2023 - Minggu Solidariti Palestin dijalankan sebagai tanda kebersamaan Malaysia dalam konflik Israel-Palestin. Program ini menerapkan kesedaran kepada seluruh warga PRuSAC tentang nilai kemanusiaan sejagat dan dalam masa yang sama memupuk nilai menghargai keamanan yang dikecapi negara.Ā
18 Oktober 2023 - Majlis Perasmian Penutupan Karnival KTESA Peringkat Kebangsaan yang dijalankan secara fizikal dan hibrid dirasmikan oleh Tuan Haji Ezaiddin bin Hussain selaku Timbalan PengarahĀ Sektor Pengurusan dan Kemenjadian Murid Bahagian Sukan Kokurikulum dan Kesenian KPM. Karnival KTESA Tahun 2023 mendapat sambutan yang menggalakkan apabila 13 buah Kolej Tingkatan Enam seluruh negara mengambil bahagian dalam 4 acara yang dipertandingkan, iaitu Pertandingan Olimpiad Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Pertandingan Video Pendek Kreatif dan Pertandingan Jalinan Seni Visual. KTESA memperoleh johan dalam pertandingan Olimpiad Bahasa Melayu serta memperoleh saguhati dalam Pertandingan Jalinan Seni Visual. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang.
14 Oktober 2023 - Hari Sukan Negara dimulakan dengan aktiviti zumba yang diketua oleh Coach Amierul. Kemudian, guru dan pelajar berpeluang menyertai aktiviti sukan dodge ball, jaringan bola, sepak lerek bola dan lempar gelung rotan. Tepat jam 10 pagi, diadakan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang yang disampaikan oleh Tuan Hj Mohd Zailani bin Othman selaku Ketua Pengarah Kolej Prauniversiti KPM Shah Alam.
13 Oktober 2023 - Kolej Prauniversiti KPM Shah Alam dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15 Shah Alam telah mengadakan latihan pengungsian bangunan (fire drill) bermula jam 9 30 pagi. Warga PRuSAC didedahkan dengan tatacara keselamatan jika berlaku kecemasan termasuk demonstrasi alat pemadam api.
27 September 2023- Kejohanan Sukan Tahunan PRuSAC 2023 menyaksikan 6 acara sukan dipertandingkanĀ iaitu Futsal, bola tampar lelaki dan perempuan, bola jaring, standing broad jump dan throwing medicine ball. Majlis penutupan dan acara penyampaian hadiah disempurnakan oleh YB Danial Al Rashid Haron Aminar Rashid selaku ADUN Batu 3.Ā
14 September 2023 - Pemenang pertandingan aktiviti Bulan KemerdekaanĀ oleh unit mata pelajaran dan kokurikulum diraikan dalam satu majlis penyampaian hadiah yang dijalankan secara ringkasĀ di Dewan Cancelor.Ā
14 September 2023 - Ceramah Perlembagaan disampaikan oleh pegawai dari Kementerian Belia dan Sukan. Selain mengikuti ceramah Perlembagaan Persekutuan, pelajar Semester 1Ā turut berpeluang menyertai kuiz pengetahuan am.
9 September 2023 - Gotong-royong MADANI dijalankan bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 11 pagi. 7 lokasi menjadi tumpuan untuk dibersihkan termasuklah mengecat tembok bersebelahan Dewan Cancelor. Kehadiran guru dan pelajar sangat mengalakkan kerana warga kolejĀ sama-sama ingin melihat persekitaranĀ kolej yang bersih, selamat dan ceria.Ā
18 Ogos 2023 - Majlis Apresiasi Kecemerlangan Akademik (MAKA) Kolej Prauniversiti KPM Shah Alam dirasmikan oleh YB Tuan Haji Azli bin Yusof, ahli Parlimen Shah Alam. Encik Abdul Rahim bin Khalid selaku Timbalan PPD Sektor Perancangan (menjalankan Tugas KPPD) turut hadir serta menyampaikan Anugerah Emas dan Platinum kepada pelajar yang memperoleh PNGK 4.0.Ā Tahniah kepada semua pelajar dan guru yang memperoleh anugerah atas kecemerlangan yang ditunjukkan.
2 Ogos 2023 - Majlis pelancaran sambutan bulan kemedekaan kali ini diisi dengan pelbagai acara yang menarik. Usai menyampaikan ucapan perasmian, Pengarah Kolej Prauniversiti KPM Shah Alam, Tn Hj Mohd Zailani bin Othman melepaskan burung merpati sebagai gimik pelancaran. Majlis pelancaran diteruskan dengan tayangan montaj dan video kemerdekaan, nyanyian lagu patriotik, pertunjukan pakaian tradisional, persembahan syair, persembahan drama Leftenan Adnan dan seterusnya nyanyian lagu-lagu patriotik secara beramai-ramai sambil mengibarkan jalur gemilang.
2 Ogos 2023 - Program kesihatan yang diadakan ini adalah inisiatif Unit Kesihatan Kolej Prauniversiti KPM Shah Alam dengan kerjasamaĀ Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Seksyen 19, Shah Alam. Pelajar semester 2 berpeluang membuat pemeriksaan pergigian selepaas mengikuti ceramah pergigian dan kanser mulut.Ā
17 Julai 2023 - Hari pendaftaran pelajar semester 1 tahun 2023 menyaksikan sebanyak 384 orang pelajar yang terdiri daripada 49 pelajar aliran Sains dan 335 orang pelajar aliran Sains Sosial telah melapor diri. Ibu bapa yang hadir berpeluang mengikuti taklimat berkaitan pendidikan tingkatan 6 yang disampaikan Pengarah Kolej, Tuan Hj Mohd Zailani bin Othman, diikuti oleh taklimat akademik oleh Timbalan Pengarah Pentadbiran, Puan Viani Aba dan seterusnya taklimat hal ehwal pelajar dan kokurikulum olehĀ Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Cik Chin Kim Har. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar baharu yang memilih Kolej Praunivertsiti KPM Shah Alam sebagai destinasi pilihan sebelum melangkah ke menara gading.
13 Julai 2023 - Pengetua KTESA, Tn Hj Mohd Zailani bin Othman mengumumkan keputusan STPM 2022 tepat jam 1Ā 15 petang di hadapan kira-kira 250 orang pelajar dan ibu bapa yang hadir bagi meraikan kejayaan anak-anak mereka. Sebanyak 98 orang calon memperoleh PNGK 3.0 dan ke atas dengan 5 orang calon meraih PNGK 4.0. KTESA turut mencatatkan peningkatan GPSĀ dan peratus lulus penuh kepada 2.76 dan 99.25%. Syabas dan tahniah kepada semua warga KTESA atas pencapaian yang membanggakan.
26 Jun 2023 - Sebanyak 66 orang pelajar menerima insentif kecemerlangan atas pencapaian mereka dalam peperiksaan STPM Semester 1.Ā Semoga insentif yang diberikan ini membakar semangat pelajarĀ untuk terus mengekalkan momentum kecemerlangan dan menyuntik motivasi kepada pelajar lain untuk turut mencapai kejayaan.
23 Jun 2023 - Minggu Antidadah dan Gaya Hidup Sihat kali ini memberi peluang kepada warga KTESA untuk membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma dan mengikuti ceramah kesihatan yang bertajuk Nafas Segar Tanpa Rokok dan Vape.
16 Jun 2023 - Hari Terbuka KTESA merupakan peluang ibu bapa bertemu pengurus kelas dan guru mata pelajaran bagi membincangkan hala tuju, penambahbaikan dan penyelesaian masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar. Dalam masa yang sama, ibu bapa dapat melihat pembangunan dan perkembangan pembelajaran anak-anak mereka serta mengambil peranan untuk menyokong dan memantau anak-anak mereka khususnya yang mempunyai masalah pembelajaran.
15 Jun 2023 - Ketua Jabatan Sains Sosial, Puan NorsiahĀ binti Salleh menamatkan perkhidmatan sebagai Ketua Jabatan Sains Sosial selepasĀ 34 tahun menabur bakti. Beliau diraikan dalam majlis yang sederhana tetapi amat bermakna buat yang diraikan dan warga kolej. Beliau berterima kasihĀ atas kasih sayang dan persaudaraan yang dihulurkan serta mendoakan agar KTESA terus cemerlang.
7 Jun 2023 - KTESA menerima kunjungan 7 orang guru dan 31 orang pelajar dari SMK Bongawan, Kota Klias, Beaufort Sabah. Lawatan perkongsian pintar yang berlangsung selama 3 jam padat dengan aktiviti guru dan pelajar. Rombongan guru membuat lawatan ke bilik Sains Sukan, Studio Seni dan UJara Bitara Ilmu sebelum mengikuti perkongsian kajian tindakan yang disampaikan oleh Puan Saranjit Kaur. Sesi menandatangani dokumen kolaborasi antara SMK Bongawan dan SMK Kota Klias dengan KTESA turut diadakan sebagai acara kemuncak lawatan. Rombongan pelajar pula mengikuti sesi perkenalan bersama majlis perwakilan pelajar di Dewan Canselor.
16 Mei 2023 - Sambutan Hari Guru peringkat sekolah diadakan secara sederhana tetapi meriah. UsaiĀ acara di dewan, guru dan pelajar memeriahkan sambutan Aidilfitri.Ā
13 Mei 2023 - Unit Kajian Tindakan dengan kerjasama Unit Latihan Personel mengadakan Kolokium Kajian Tindakan di Hotel De Palma Shah Alam.Ā Sebanyak 9 orang pembentang telah berkongsi kajian tindakan mata pelajaran masing-masing. Perkongsian dari para pembentang ini diharapkan dapat memberikan inspirasi kepada para peserta untuk menghasilkan kajian tindakan yang lebih baik demi meningkatkan profesionalisme guru serta memastikan keberkesanan PdPc.
18 April 2023 - Majlis perpisahan Puan Rosdiana binti Mohd Noor diadakan di bilik guru secara ringkas dan santai.Ā Beliau telah berkhidmat sebagai guru Pengajian Am di KTESA selama 7 tahun dan akan meneruskan perkhidmatan di Kolej Tingkatan Enam Sultan Abdul Aziz, Kuala Selangor. Semoga Pn Rosdiana terus cemerlang di sekolah baharu.Ā
14 April 2023 - Sebanyak 97 orang asnaf menerima sumbangan Aidilfitri dan dalam masa yang sama sumbangan kebajikan turut diberikan kepada pelajar bukan Islam yang kurang berkemampuan. Sumbangan Aidilfitri turut diberikan kepada semua kakitangan sokongan, pekerja pembersihan dan keselamatan. Semoga sumbangan yang diberikan dapat menceriakan sambutan syawal pada tahun ini.
13 April 2023 - Majlis Iftar Ramadan KTESA tahun 2023 dimulakan dengan Majlis Khatam Quran pada jam 5.45 petang yang diketuai sendiri oleh pengetua, Tn Hj Mohd Zailani bin Othman. Majlis iftar secara beramai-ramai dijalankan selepas solat Maghrib secara berjemaah. Solat tarawih secara berjemaah turut diadakan sebagai penutup majlis.
13 April 2023 - KTESA menjayakan program Word Quran Hour pada jam 12.00 hingga 1.00 petang di Dewan Cancelor. Bacaan surah al-Insan diketuai oleh Muhammad Syahmi bin Mayna dan terjemahannya pula oleh Muhammad Adil bin Azman.Ā
31 Mac 2023 - Watikah pelantikan jawatankuasa Persatuan Tingkatan Enam(PTE), Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) disampaikan oleh Pengetua Tuan Haji Mohd Zailani bin Othman.Ā
17 Februari 2023 - Pelajar dan guru yang memperoleh pencapaian cemerlang dalam kokurikulum dan ko-akademik pada tahun 2022 diraikan dalam majlis penyampaian sijil elit kokurikulum. Pasukan Elit Kawad Kaki (lelaki) meraih johan peringkat negeri Selangor dan tempat ketiga peringkat kebangsaan. Pasukan Elit Kawad Kaki (perempuan) pula memperoleh naib johan dalam Pertandingan Cabaran Kokurikulum Peringkat Negeri Selangor. Seterusnya, Pasukan Elit PISPA meraih johan dan naib johan bagi Pertandingan Simpulan dan Ikatan Peringkat Negeri Selangor dan kemudian mendapat tempat kelima peringkat kebangsaan. Bagi kategori ko-akademik pula, KTESA meraih johanĀ peringkat negeri Selagor bagi Penulisan Esei Tingkatan 6, naib johan peringkat negeri bagi pertandingan Mengarang Sajak Tingkatan 6, naib johan peringkat negeri bagi pertandingan Deklamasi Sajak Tingkatan 6 dan tempat ketiga bagi pertandingan Creative Writing Tingkatan 6. Tahniah kepada pelajar dan guru pembimbing!
3 Februari 2023 - Program Solat Hajat & Restu IlmuĀ diadakan sebagai tanda sokongan pihak kolej kepada semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan STPM. Semoga usaha yang dijalankan ini menyuntik kekuatan fizikal dan mental kepada pelajar untuk terus berjuang bagi menghadapai peperiksaan.
30 Januari 2023 - Persaraan Puan Norhayati binti Sabari telah diadakan secara ringkas tetapi meriah. Beliau mula berkhidmat pada tahun 1992 dan telah menabur baktiĀ selama 31 tahun sebelum memilih bersara awal pada tahun ini. Beliau sempat menitipkan pesanan kepada pelajar agar sentiasa berbuat kebaikan yang memberi manfaat kepada orang lain.
28 Januari 2023 - Latihan personel tahun 2023 dimulakan dengan Kursus Protokol dan Etiket Sosial yang disampaikan oleh Puan Saranjit Kaur a/p Jaswant Singh. Dalam kursus ini, para peserta didedahkan dengan protokol pakaian dan etiket sosial serta protokol meja makan.
14 Januari 2023 - Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini berlangsung secara fizikal dan hibrid. Majlis ini dirasmikan oleh Encik Adief bin Alias selaku Yang Dipertua PIBG Kolej Tingkatan Enam Shah Alam.