SMK SEKSYEN 24 SHAH ALAM dengan rasminya telah ditukar menjadi KOLEJ TINGKATAN ENAM SHAH ALAM bermula 03 Januari 2017 dan diterajui oleh mantan pengetua pertama; Puan Hjh. Ruslina Binti Salleh. Kolej yang terletak dalam kawasan perumahan Seksyen 24, Shah Alam ini terdiri daripada empat blok setinggi tiga tingkat setiap satunya. Blok A dinamakan Anggerik, Blok B dinamakan Bakawali, Blok C dinamakan Cempaka dan Blok D dinamakan sebagai Dahlia. Kolej ini juga mempunyai sebuah dewan. Pada 8 Februari 2021, KTESA telah mendapat kelulusan menggunakan lencana, bendera dan lagu sekolah yang baharu.
Pada tahun 2015, SMK S24 telah dipilih sebagai Pusat Tingkatan 6 Mod 2 yang menggabungkan dua buah sekolah iaitu SMK Seksyen 16, Shah Alam dan SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Seksyen 2 Shah Alam. Mulai Januari 2015, pelajar-pelajar tingkatan 6 Atas bagi kedua-dua sekolah tersebut telah memulakan pengajian mereka di SMK S24 iaitu seramai 101 orang dan diagihkan kepada lima buah kelas . Pada Mei 2015, seramai 182 orang pelajar lepasan SPM telah mendaftar untuk memasuki Tingkatan 6 Bawah dan dibuka lagi sebanyak lima buah kelas. Sehubungan dengan itu, SMK S24 tidak lagi menawarkan kelas tingkatan peralihan dan tingkatan 1.
Mulai tahun 2016 telah berlaku penyuraian kelas aliran perdana. Hanya tinggal kelas tingkatan 3 dan tingkatan 5, masing-masing menawarkan sebanyak sembilan kelas. Begitu juga kelas pendidikan khas masih kekal sebanyak sembilan kelas. Pada tahun ini juga, SMK S24 telah menerima sebuah lagi sekolah pusat Tingkatan 6 iaitu SMK TTDI Jaya, Shah Alam bersama-sama empat orang guru dan 16 orang pelajar. Pada 4 Mei 2016, seramai 348 orang pelajar telah mendaftar untuk memasuki Tingkatan 6 Bawah.
Pada tahun 2017, SMK S24 telah menerima dua buah lagi sekolah pusat Tingkatan 6 iaitu SMK Alam Megah, Shah Alam dan SMK Seafield, Subang Jaya. Pusat Tingkatan 6 Mod 2 telah ditukar menjadi Kolej Tingkatan Enam Shah Alam dengan penggabungan lima buah sekolah pusat Tingkatan 6 ini. Jumlah pelajar tingkatan enam atas pada tahun 2017 seramai 244 orang. Pada Mei 2017, pelajar-pelajar tingkatan enam bawah iaitu seramai 242 orang telah mendaftar untuk meneruskan pengajian mereka di tingkatan enam.
Kolej Tingkatan Enam Shah Alam menawarkan dua jurusan iaitu jurusan sains dan jurusan kemanusiaan. Sebanyak 5 kelas bagi jurusan sains dan 11 kelas bagi jurusan kemanusiaan. Jumlah keseluruhan kelas tingkatan enam di kolej ini ialah sebanyak 32 kelas. Tenaga pengajar di kolej ini seramai 69 orang diterajui oleh Tuan Haji Mohd Zailani Bin Othman sebagai pengetua baharu KTESA mulai 28 Jun 2021.
Penerangan:
Warna merah
membawa maksud keazaman, keberanian dan kecekalan
Warna biru dalam bulatan
melambangkan perpaduan dan persatuan yang utuh di bawah satu sekolah, masyarakat dan negara
Warna kuning
melambangkan negeri Selangor dan Malaysia sebuah negeri beraja
Roda
melambangkan kemahiran sains dan teknologi yang dipupuk dalam kalangan pelajar
Obor
melambangkan ilmu pengetahuan yang menjadi penyuluh kepada setiap insan untuk mencapai wawasan
Topi graduan
melambangkan kecemerlangan akademik
Slogan kolej ialah Mencipta Kejayaan bermaksud melalui keazaman dan kecekalan, warga KTESA pasti
akan mencipta kejayaan yang cemerlang untuk kolej amnya dan diri sendiri khususnya.
Pencipta Lencana: Encik Munir bin Mohammad pada Disember 1993.
Pada tahun 2017, nama sekolah pada lencana ditukarkan kepada Kolej Tingkatan Enam Shah Alam sempena
pemusatan tingkatan enam di Daerah Petaling Perdana.
Pada tahun 2020, cogan kata tekun, mahir, jaya ditukar ke slogan Mencipta Kejayaan
Diubah suai oleh Puan Noor Hijanag binti Ahmat Sharifudin
Penerangan:
Warna Kuning
melambangkan kesetiaan warga KTESA kepada Raja dan Negara
Warna Merah / Lencana kolej
melambangkan semangat warga KTESA yang membara untuk mencipta kejayaan
Warna Biru
melambangkan perpaduan yang utuh dalam kalangan warga KTESA
Warna Putih
melambangkan keikhlasan hati warga KTESA
Reka cipta: Puan Rozida Hanem binti Abdul Rahman
Illustrasi: Puan Noor Hijanag binti Ahmat Sharifudin
Tarikh: Disember 2020
KAMI JUARA
Verse
Institusi megah tersergam
Kolej Pra Universiti Shah Alam
Kejar impian bersama
Bersatu hati dan sejiwa
Mencipta Kejayaan berwibawa
Itulah moto kami
Prechorus
Teguhkan minda
Terapkan ilmu
Membina jiwa akhlak yang unggul
Disiplin diutamakan
Chorus
Kami juara di dalam segenap bidang
Cemerlang dan amat terbilang
Kami juara bersinar megah terjulang
Kolej Pra Universiti Shah Alam
Mencipta Kejayaan
Tajuk lagu : Kami Juara
Lirik : Ruhaida Ramli
Komposer : Omar K.
Keyboard, Vokal, Susunan, & Produksi : Omar K.
Video : Siti Nabilah Arifin & Unit ICT KTESA
Pelan KTESA
Hubungi kami:
Nombor telefon: 0355414172
Nombor faks: 0355429290
Firman Allah SWT
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ
al-Hujurat:12
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”