SEJARAH PENUBUHAN KTEDM
Kolej Tingkatan Enam Desa Mahkota atau dahulunya dikenali sebagai SMK Desa Mahkota merupakan sebuah sekolah yang menempatkan pelajar-pelajar Tingkatan 6. SMK Desa Mahkota mula beroperasi pada 31 Mac 2014. Pada 22 Mei 2016, SMK Desa Mahkota telah dinaiktaraf menjadi Kolej Tingkatan Enam dan dikenali dengan nama Kolej Tingkatan Enam Desa Mahkota .
Pada awal pembukaannya, pelajar-pelajar yang ditempatkan di kolej ini merupakan pelajar-pelajar Tingkatan 6 yang sedia ada di 4 buah sekolah iaitu;
SMK Kepong Baru
SMK Raja Ali
SMK Raja Abdullah
SMK Jinjang
Pada 27 April 2015, 2 buah sekolah lagi telah dipusatkan ke Kolej Tingkatan Enam Desa Mahkota iaitu;
SMK Batu Muda
SMK Taman Tun Dr. Ismail
Bermula daripada pengambilan pelajar 6 Bawah sesi 2014, pelajar-pelajar Kolej Tingkatan Enam Desa Mahkota mula menerima pelajar-pelajar lepasan SPM dari 18 buah sekolah yang berhampiran dengan Kolej Tingkatan Enam Desa Mahkota untuk meneruskan pengajian di peringkat Tingkatan 6.
Facebook KTEDM
Kolej Tingkatan Enam Desa Mahkota Kuala Lumpur
Instagram KTEDM
kte_desamahkota