UNIT 3: TIP TAP TIP TAP
(2.0 MODUL KEMAHIRAN MUZIK
2.1 NYANYIAN)
UNIT 3: TIP TAP TIP TAP
(2.0 MODUL KEMAHIRAN MUZIK
2.1 NYANYIAN)
Hai murid-murid. Sebelum kita memulakan nyanyian kita pada hari ini, kita mestilah belajar teknik pernafasan yang betul dalam nyanyian supaya kita boleh menyanyi dengan baik. Dalam topik kali ini, kita akan sama-sama belajar teknik pernafasan yang betul dalam nyanyian.
Salah satu perkara paling penting untuk anda ketahui dalam belajar menyanyi ialah cara bernafas menggunakan diafragma.
Kaedah ini membolehkan anda menyedut lebih banyak oksigen yang membantu anda menyanyi dengan lebih lama, serta mengelakkan anda daripada kehabisan nafas ketika membuat persembahan.
Apabila anda bernafas menggunakan diafragma, perut anda seharusnya mengembang ketika menarik nafas dan mengempis ketika menghembus nafas.
Selepas menarik nafas, tahan sedikit udara di perut dan gunakan otot perut untuk mengawal hembusan udara semasa mengeluarkan suara.
Cara Latihan Teknik Pernafasan Diafragma
Berdiri atau duduk dengan postur tegak.
Letakkan satu tangan di dada dan satu tangan di perut.
Tarik nafas dalam melalui hidung, pastikan perut mengembang (bukan dada).
Hembus nafas perlahan melalui mulut sambil mengira hingga 6 atau lebih lama.
Ulangi 5-10 kali.
Tonton Video di bawah untuk mempelajari teknik pernafasan yang betul dalam nyanyian