KSMK3013
KESENIAN MELAYU
KSMK3013
KESENIAN MELAYU
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
PENGKHUSUSAN BAHASA MELAYU
SEMESTER III TAHUN 3
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS IPOH
PEMBELAJARAN BERMAKNA 3
CLO 3 : Menganalisis pemikiran masyarakat Melayu dalam Kesenian Melayu dengan merujuk kepada pelbagai sumber (C4, LO3, LO6, CTPS2)
Saya belajar :
pemikiran masyarakat Melayu dalam Kesenian Melayu dengan merujuk kepada pelbagai sumber.
Saya dapat :
menghujahkan pemikiran masyarakat Melayu dalam Kesenian Melayu.
Aktiviti 1 : Anda dikehendaki menonton Teater Haji Murat Leo Tolstoy seperti dalam iklan di bawah. Perancangan lawatan tersebut hendaklah berbincang dengan pensyarah kursus anda. Selepas anda menonton terater tersebut, secara berkumpulan, hasilkan satu pemikiran dengan menerapkan teori strukturalisme. Hasil penulisan dalam 100 perkataan sahaja. Hasil penulisan hendaklah di-e-mel-kan ke alamat faizul@ipgmipoh.edu.my.
Pengisah memulakan kisah dengan ulasan beliau tentang bunga thistle yang remuk, tetapi masih hidup yang diketemunya di sebuah padang (simbol bagi watak utama), dan selepas itu menghuraikan kisah Haji Murat. Murat seorang gerila gerakan pemisahan yang tidak sebulu dengan ketuanya dan akhirnya belot kepada pihak Rusia dengan harapan dapat menyelamatkan keluarganya. Kisah bermula dengan Murat dan dua orang pengikutnya melarikan diri daripada Syamil, panglima pergerakan pemisahan Caucasus yang sedang berperang dengan Rusia. Mereka dapat perlindungan di rumah Sado, seorang penyokong taat. Namun, orang kampung mengetahui kehadiran mereka dan mereka terpaksa melarikan diri sekali lagi. Penolongnya berjaya membuat berhubung dengan orang Rusia yang berjanji untuk bertemu Murat. Dia akhirnya tiba di luar kota Vozdvizhenskaya untuk bersatu dengan pasukan Rusia, dengan harapan dapat mengalahkan Syamil. Sebelum beliau sampai, pertempuran kecil dengan ornag Chechen berlaku di luar kota, dan seorang muda bernama Petrukha Avdeyev maut akibat ditembak. Pengisah membuat bab aside (cerita sampingan) untuk meceritakan perihal Petrukha: tidak beranak, dia menyertai tentera menggantikan saudaranya yang berkeluarga. Bapanya menyesali tindakan ini kerana ia merupakan pekerja yang lebih bagus. Walaupun keluarga meratapi kematian Petrukha, isterinya sedikit gembira kerana sedang hamil dengan anak lelaki lain. Semasa di Vozdvizhenskaya, Murat berbaik-baik dengan Prince Semyon Vorontsov, isterinya Maria, dan anak lelaki mereka, dan dapat berbaik-baik dengan soldadu yang berpangkalan di sana. Sekaligus mereka mengagumi susuk badan serta reputasinya, senang dengan pergaulan beliau dan mendapati beliau seorang yang jujur dan lurus. Keluarga Vorontsov menghadiakan sebuah jam yang mempesonakan beliau. Pada hari kelima penginapan Murat, Loris-Melikov, ajutan Gabenor Jeneral yang diarahkan menulis kisah Murat, tiba, dan pembaca mengetahui sedikit tentang riwayatnya: dia dilahirkan di kampung Tselmes dan pada awalnya menjadi rapat dengan khan (orang besar) tempatan kerana ibunya ibu susu kepada keluarga diraja. Pada usia 15 tahun beberapa pengikut muridisme datang ke kampungnya bagi menyeru jihad terhadap Rusia. Pada mulanya Murat menolak tetapi selepas seorang alim dihantar ke kampungnya untuk menerangkan bagaimanana ia akan dijalankan, beliau bersetuju secara bersementaraan. Walau bagaimanapun, dalam pertempuran pertama mereka, Syamil ‐ pada masa itu seorang penolong Muslim anti-Rusia – memalukan Murat semasa dia pergi bercakap dengan ketua, Gamzat. Gamzat kemudiannya melancarkan serangan terhadap ibu negeri Khunzakh dan membunuh khan pro-Rusia, dan mengambil alih kuasa ke atas orang Chechen. Pembunuhan para khan membuat Murat dan saudaranya tawar hati dan menentang Gamzat, dan mereka akhirnya berjaya menipu dan membunuh Gamzat, dan membuat pengikut Gamzat melarikan diri. Malangnya, saudara Murat terbunuh dalam percubaan itu dan Syamil dengan senang menggantikan Gamzat sebagai ketua. Beliau menyeru Murat agar mengikut perjuangannya, tetapi Murat menolak kerana darah saudaranya dan para khan ditumpahkan oleh Syamil. Sebaik sahaja Murat menyertai pihat Rusia – yang sedar akan kedudukan dan kebolehannya untuk tawar-menawar ‐ mereka mendapati Murat merupakan alat yang amat sesuai untuk mendapatkan Syamil. Namun, rancangan Vortonsov dirosakkan Chernyshov, seorang anak raja yang mencemburuinya, dan Murat terpaksa terus tinggal di kota kerana maharaja telah diberitahu bahawa dia seorang pengintip. Cerita menyimpang sedikit dan Tolstoy memerikan Tsar Nicholas I, menunjukkan tsar mata keranjang dan sifat suka merendah-rendahkan orang, serta kesukaannya menakut-nakutkan rakyatnya. Maharaja memerintahkan serangan terhadap Chechen dan Murat tinggal di dalam kota. Sementara itu, ibu Murat, isteri dan anak lelaki sulung, Yusuf, yang ditangkap Syamil, dipindahkan ke tempat yang lebih mudah dipertahankan. Menyedari kedudukannya (tidak dipercayai pihak Rusia untuk mengepalai tentera menetang Syamil, dan tidak juga boleh pulang kepada Syamil kerana akan dibunuh) beliau membuat keputusan untuk lari daripa kota bagi mengumpul pejuang dan menyelamatkan keluarganya. Pada titik ini naratif melompat kepada waktu di hadapan, kepada ketibaan sekumpulan tentera di kota dengan membawa kepala Murat yang terpenggal. Sementara Maria Dimitriyevna ‐ teman seorang pegawai tentera dan kenalan Murat – mengulas akan kelaziman manusia semasa peperangan, para soldadu menceritakan tentang kematian Murat. Beliau telah melepasakan diri dari kota dan meninggalkan pengiring Rusia biasanya dengan bantuan lima orang penolong. Selepas melarikan diri mereka terserempak dengan tanah rawang yang tidak dapat direntasi, dan menyorok dalam semak sehingga pagi. Seorang tua memberikan kedudukan mereka dan Karganov, panglima kota, tentera dan sebilangan Cossack mengepung kawasan itu. Murat bersama orangnya berselindung dan mula menembak tentera, meninggal dunia dengan berani. Murat sendiri berlari meredah tembakan setelah orang-orangnya terbunuh, kendatipun beliau sudah tercedera dan menutup luka dengan kain. Sewaktu beliau melepaskan tembakan terakhir, riwayat hidupnya terimbas dalam penglihatannya dan para tentera berfikiran bahawa beliau sudah maut; beliau bangkit dan terus menyerang dan kemudian rebah. Menang, tentera Rusia menyerbu dan memenggal kepalanya. Burung bulbul, yang berhenti bernyanyi semasa pertempuran, mula bernyanyi dan pengisah mengakhiri kisah dengan bercakap tentang bunga thistle sekali lagi.
Sumber rujukan : https://ms.wikipedia.org/wiki/Haji_Murat_(karya)