Pilih jenis sekolah daripada dropdown.
Pilih nama sekolah daripada dropdown.
Isi nama penuh Ketua Panitia yang melapor.
Isi nombor telefon (Ketua Panitia yang melapor) yang boleh dihubungi sekiranya ada apa-apa isu pengisian.
Isi emel DELIMa Ketua Panitia yang masih dalam penggunaan.
Pilih subjek dengan menekan pada subjek yang terpapar. Buat sementara ini hanya butang "BAHASA MELAYU" dan "BAHASA INGGERIS" yang berkenaan.
Masukkan jumlah guru di dalam panel.
Untuk sekolah rendah: termasuk guru prasekolah, guru Bahasa Inggeris dari Tahun 1 ke Tahun 6, guru PPKI yang mengajar Bahasa Inggeris
Untuk sekolah menengah: termasuk guru Bahasa Inggeris Kelas Peralihan, guru Bahasa Inggeris Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5, guru MUET Tingkatan 6
Masukkan jumlah murid sekolah (enrolmen keseluruhan).
Masukkan jumlah bilangan kelas di dalam sekolah.
Isi bahagian ini mengikut PROGRAM. Setiap program mungkin mengandungi beberapa AKTIVITI. Sekiranya sekolah tidak ada perancangan untuk PROGRAM, laporkan AKTIVITI-AKTIVITI yang telah dilaksanakan. Satu laporan untuk SATU AKTIVITI.
3.1 Isikan nama penuh PROGRAM
3.2 Tuliskan objektif PROGRAM. Objektif boleh diselaraskan dengan aktiviti sekiranya ada.
Contoh:
[Aktiviti 1] Objektif 1
[Aktiviti 2] Objektif 2
3.3 Pilih tarikh pertama PROGRAM / AKTIVITI dilaksanakan
3.4 Pilih status pelaksanaan, untuk melaporkan sama ada program tersebut telah "selesai" ataupun "tidak selesai" pada masa pelaporan.
3.5 Keberkesanan program atau aktiviti dilapor dalam KUANTITATIF (elemen yang boleh diukur seperti yang disebut dalam objektif). Fokus kepada melaporkan apa yang berubah atau tercapai selepas pelaksanaan (yang berlaku dalam tempoh masa singkat - 1 atau 2 minggu selepas).
Contoh: kefahaman meningkat xx%, xx kemahiran baru dikuasai, xx strategi baharu diperkenalkan
3.6 Impak program atau aktiviti merujuk kepada perubahan yang berlanjutan atau kesan ke atas murid. Laporkan kesan lanjutan. Kosongkan sekiranya tidak berkaitan dan membuat refleksi sama ada program / aktiviti yang kurang berimpak ini perlu diteruskan pada tahun akan datang.
Contoh: budaya xxx terbentuk, prestasi murid dalam xx meningkat xx%, amalan xxx konsisten dilaksanakan
3.7 Laporkan tahap pulangan atau nilai tambah yang diperoleh daripada pelaksanaan program / aktiviti berbanding sumber yang digunakan.
Contoh pelaburan: masa (jumlah jam PLC), sumber manusia (bilangan guru terlibat), sumber kewangan (kos terlibat)
Contoh pulangan: peningkatan (kualiti PdP yang boleh dinampak - skor STD 4; pencapaian / prestasi murid yang ketara - skor PBD / UASA), penjimatan (jumlah masa yang lebih pendek selepas penggunaan kaedah / alat yang diperkenalkan / dihasilkan), kekerapan (bilangan kali modul / video / bahan yang digunakan)
Contoh 1:
Pelaburan: 4 jam PLC, 12 guru, bahan digital.
Pulangan: RPH lebih terancang, teknik penyoalan lebih berkualiti, murid lebih responsif.
ROI: Tinggi – pulangan dalam bentuk PdP lebih jelas dan amalan digunakan dalam semua kelas.
Contoh 2:
Pelaburan: 1 hari bengkel, penggunaan makmal komputer.
Pulangan: 20 video pembelajaran yang boleh digunakan berulang kali oleh sekolah.
ROI: Tinggi – bahan kekal, mudah digunakan, menjimatkan masa guru.
Contoh 3:
Pelaburan: 3 sesi intervensi, 5 guru.
Pulangan: Hanya sedikit perubahan (kurang daripada 5%) pada prestasi murid.
ROI: Rendah – memerlukan strategi tambahan atau semakan semula pendekatan.
3.8 Tuliskan justifikasi sekiranya pelaporan 3.4 adalah "tidak selesai". Biarkan kosong sekiranya tidak berkaitan.
3.9 Buat rumusan tentang PROGRAM / AKTIVITI yang dilaksanakan sama ada boleh diteruskan, perlu pemurnian atau digugurkan berdasarkan analisis 3.5 Keberkesanan, 3.6 Impak dan 3.7 ROI.
Tambahkan PROGRAM / AKTIVITI mengikut keperluan dan ulangi langkah 3.1 hingga 3.9 untuk pelaporan.
Bahagian ini mempunyai 5 bahagian. Perancangan panitia sebaik-baiknya merangkumi kesemua 5 bahagian.
Isikan nama PROGRAM yang dirancang untuk pembangunan profesionalisme ahli-ahli panitia (guru-guru subjek), contohnya dalam bidang kurikulum, pedagogi atau pentaksiran.
Tuliskan objektif PROGRAM. Objektif boleh juga ditulis mengikut aktiviti-aktiviti berkaitan yang telah dirancang.
Pilih tahap guru-guru subjek yang terlibat. Boleh pilih lebih daripada satu.
Untuk sekolah rendah: pilihan terhad kepada senarai sebelah kiri sahaja (prasekolah, tahap 1 dan tahap 2)
Untuk sekolah menengah: pilihan terhad kepada senarai sebelah kanan sahaja (kelas peralihan, menengah rendah, menengah atas, lepasan menengah)
Tuliskan kumpulan sasaran guru yang terlibat.
Tuliskan / Senaraikan sasaran kuantitatif yang berkaitan dengan perancangan. Bagaimana keberkesanaan / impak program / aktiviti boleh diukur.
Contoh: borang penilaian, senarai semak, skor
Tuliskan isu yang boleh ditangani oleh pelaksanaan program / aktiviti yang dirancang ini.
Tuliskan strategi yang akan digunakan untuk pelaksanaan - bersemuka, dalam talian, hybrid, PLC (apa alat kolaboratif yang akan digunakan).
Isikan nama PROGRAM yang dirancang untuk membantu peningkatan kemajuan akademik murid. Contohnya melepasi tahap belum menguasai sesuatu kemahiran (TP1 & TP2), meningkat skor UASA (ikut kemahiran bahasa - lisan, tutur, baca, tulis)
Tuliskan objektif PROGRAM. Objektif boleh juga ditulis mengikut aktiviti-aktiviti berkaitan yang telah dirancang.
Pilih tahap murid yang terlibat. Boleh pilih lebih daripada satu.
Untuk sekolah rendah: pilihan terhad kepada senarai sebelah kiri sahaja (prasekolah, tahap 1 dan tahap 2)
Untuk sekolah menengah: pilihan terhad kepada senarai sebelah kanan sahaja (kelas peralihan, menengah rendah, menengah atas, lepasan menengah)
Tuliskan kumpulan sasaran murid yang terlibat (jumlah kelas, jumlah murid).
Tuliskan / Senaraikan sasaran kuantitatif yang berkaitan dengan perancangan. Bagaimana keberkesanaan / impak program / aktiviti boleh diukur.
Contoh: penilaian PBD, skor UASA, skor ujian diagnostik
Tuliskan isu yang boleh ditangani oleh pelaksanaan program / aktiviti yang dirancang ini.
Tuliskan strategi yang akan digunakan untuk pelaksanaan (kekerapan, tempoh masa, sewaktu PdP, selepas PdP, luar jadual waktu)
Isikan nama PROGRAM sokongan yang dirancang untuk menyokong kemenjadian murid. Contohnya PIKEBM, PKJR, MKBM, Bijak BM, HIPMaX, CiE, Kelab BM, Kelab BI.
Tuliskan objektif PROGRAM. Objektif boleh juga ditulis mengikut aktiviti-aktiviti berkaitan yang telah dirancang.
Pilih tahap murid yang terlibat. Boleh pilih lebih daripada satu.
Untuk sekolah rendah: pilihan terhad kepada senarai sebelah kiri sahaja (prasekolah, tahap 1 dan tahap 2)
Untuk sekolah menengah: pilihan terhad kepada senarai sebelah kanan sahaja (kelas peralihan, menengah rendah, menengah atas, lepasan menengah)
Tuliskan kumpulan sasaran murid yang terlibat (jumlah kelas, jumlah murid).
Tuliskan / Senaraikan sasaran kuantitatif yang berkaitan dengan perancangan. Bagaimana keberkesanaan / impak program / aktiviti boleh diukur.
Contoh: instrumen HIP, SK@S
Tuliskan isu yang boleh ditangani oleh pelaksanaan program / aktiviti yang dirancang ini.
Tuliskan strategi yang akan digunakan untuk pelaksanaan (kekerapan, tempoh masa, sewaktu PdP, selepas PdP, luar jadual waktu)
Isikan nama PROGRAM yang perlukan peruntukan PCG.
Tuliskan objektif PROGRAM. Objektif boleh juga ditulis mengikut aktiviti-aktiviti berkaitan yang telah dirancang.
Pilih tahap murid yang terlibat. Boleh pilih lebih daripada satu.
Untuk sekolah rendah: pilihan terhad kepada senarai sebelah kiri sahaja (prasekolah, tahap 1 dan tahap 2)
Untuk sekolah menengah: pilihan terhad kepada senarai sebelah kanan sahaja (kelas peralihan, menengah rendah, menengah atas, lepasan menengah)
Tuliskan kumpulan sasaran murid yang terlibat (jumlah kelas, jumlah murid).
Tuliskan / Senaraikan sasaran kuantitatif yang berkaitan dengan perbelanjaan.
Tuliskan isu yang boleh ditangani oleh perbenlanjaan PCG.
Tuliskan strategi yang akan digunakan untuk pelaksanaan (perbelanjaan mengikut fasa 25%, 50%, 75%)
Isikan nama PROGRAM tahunan yang perlu dilaksanakan. Contohnya, Bulan Bahasa.
Tuliskan objektif PROGRAM. Objektif boleh juga ditulis mengikut aktiviti-aktiviti berkaitan yang telah dirancang.
Pilih tahap murid yang terlibat. Boleh pilih lebih daripada satu.
Untuk sekolah rendah: pilihan terhad kepada senarai sebelah kiri sahaja (prasekolah, tahap 1 dan tahap 2)
Untuk sekolah menengah: pilihan terhad kepada senarai sebelah kanan sahaja (kelas peralihan, menengah rendah, menengah atas, lepasan menengah)
Tuliskan kumpulan sasaran murid yang terlibat (jumlah kelas, jumlah murid).
Tuliskan / Senaraikan sasaran kuantitatif yang berkaitan dengan PROGRAM.
Tuliskan isu yang boleh ditangani oleh pelaksanaan PROGRAM tahunan.
Tuliskan strategi yang akan digunakan untuk pelaksanaan.