Pendidikan khas ertinya pendidikan bagi murid-murid berkeperluan pendidikan khas di Sekolah Pendidikan Khas (SPK), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Program Pendidikan Inklusif (PPI) di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan pada peringkat prasekolah, rendah, menengah, dan lepas menengah. Pendidikan pada peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan inklusif sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan untuk Semua”. Aspirasi pendidikan inklusif juga telah dikongsi oleh pakar pendidikan dan profesional yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan khas seperti yang digariskan dalam deklarasi antarabangsa seperti Salamanca Statement (1994), Dakar World Education Forum (2000) dan Convention on the Rights of Persons with Disabilities (UN, 2006)