Konvensyen Profesional KMNS 2026 merupakan satu platform untuk warga KMNS meluaskan jalinan dan jaringan kolaboratif secara profesional melalui perkongsian aktiviti kesarjanaan seperti penyelidikan dan inovasi pendidikan. Selain itu, konvensyen ini turut membuka peluang peserta menimba ilmu pengetahuan dan berkongsi amalan terbaik pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan pengurusan pendidikan.
Seiring dengan hasrat murni KPM dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2026 - 2035 untuk memperkasakan kualiti institusi pendidikan, maka penganjuran Konvensyen Profesional KMNS 2026 berfungsi sebagai wacana untuk warga pendidik dan pemimpin pendidikan untuk mencetus idea bagi merancang transformasi selaras keperluan pendidikan semasa.
Penganjuran Konvensyen Profesional KMNS 2026 sangat penting bagi mengembangkan ilmu dan perkongsian kepakaran. Adalah diharapkan keberhasilan penyelidikan dan inovasi berupaya meningkatkan profesionalisme pensyarah seterusnya memberi impak positif secara langsung kepada kecemerlangan pelajar Program Matrikulasi KPM.
Kategori Kajian Tindakan
Kategori Inovasi
Kategori PLC
Kategori Penyelidikan
Kategori Inovasi
Kategori PLC