Institut Aminuddin Baki Cawangan (IABCU) telah menganjurkan Kolokium Kebangsaan Kepimpinan Instruksional sejak tahun 2001 hingga kini. Kolokium yang dilaksanakan setiap tahun ini dibuat secara bersemuka dan sejak tercetusnya wabak Covid 19 pada tahun 2020, pelaksanaannya adalah secara dalam talian. Kejayaan penganjuran kolokium ini terbukti melalui jumlah tontonan sebanyak 140,000 melalui Youtube untuk panganjuran dua tahun lepas bagi 8 sesi pembentangan dan perkongsian amalan terbaik Kepimpinan Instrusional di sekolah. Bagi memberi kesan optimum kepada peserta, pada tahun ini IABCU menganjurkan semula kolokium secara bersemuka.
Matlamat
Menyediakan wadah bagi meningkatkan keupayaan pemimpin instruksional di sekolah dalam mendepani cabaran pendidikan masa kini.
Objektif
Peserta kolokium akan dapat:
i. Mendapat input dan perkembangan terkini pendidikan negara khususnya dalam bidang kepimpinan instruksional daripada ucaptama-ucaptama yang disampaikan
ii. Mendapat input amalan terbaik dan inovasi instruksional dari pemimpin-pemimpin yang telah berjaya melaksanakannya.
iii. Mengenalpasti aplikasi konsep Malaysia Madani dalam pendidikan melalui aktiviti pembengkelan kolokium.
iv. Membuka ruang kerjasama sesama peserta untuk mencapai kecemerlangan pendidikan.