📢 *SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN KV & SMT AMBILAN 2026* 📢
Berita baik buat calon dan ibu bapa!
Keputusan tawaran Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) bakal diumumkan.
🗓 Tarikh semakan keputusan & permohonan rayuan:
📌 26 Disember 2025 – 13 Januari 2026
📝 Tarikh pendaftaran:
📌 13 Januari 2026
🔁 Semakan rayuan:
📌 6 Februari – 10 Februari 2026
🌐 Semak keputusan di:
📲 Imbas kod QR untuk senarai kekosongan kursus bagi rayuan KV dan SMT.
Semoga berjaya!
PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM DIPLOMA DI KOLEJ VOKASIONAL
TARIKH : 14 April - 15 Jun 2025
PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM DIPLOMA DI KOLEJ VOKASIONAL BAGI LEPASAN SPM 2023 / 2024 KINI DIBUKA !
Tarikh Permohonan:
📅 14 APRIL - 15 JUN 2025
Permohonan secara dalam talian di:
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
☎️ 03 - 8884 5099
☎️ 03 - 8884 5165
Syarat Umum Kemasukan?
1. Warganegara Malaysia
2. Lepasan SPM 2023 atau 2024
3. Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Sejarah serta;
i. Kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran lain; atau
ii. Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (SKM 3)
Nota Penting: Calon TIDAK mempunyai ketidakupayaan penglihatan, pendengaran, pertuturan, fizikal dan masalah pembelajaran yang akan menyukarkan kerja amali.
🔔 Mohon Sekarang!!! 🔔
https://mohon.tvet.gov.my
Jangan lepaskan peluang anda dan sertai Kolej Vokasional sekarang. Jadilah sebahagian daripada generasi Malaysia Madani yang berkemahiran tinggi!
PERMOHONAN KEMASUKAN SECARA RAYUAN
TARIKH : 31 Januari - 28 Mac 2025
TARIKH : 22 JAN - 24 JAN 2025
PROGRAM YANG DITAWARKAN :
SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA SVM
- Program Teknologi Kimpalan
- Program Teknologi Elektrik
- Program Teknlogi Kimpalan
PENGENALAN
Matlamat program Technical Vocational Education Training (TVET) yang ditawarkan di kolej vokasional untuk melahirkan murid yang berkemahiran, profesional dan bersedia ke alam pekerjaan.
Program ini ditawarkan di 86 buah kolej vokasional merangkumi 35 program.
Sistem pengajian di kolej vokasional adalah berdasarkan sistem semester. Murid program sijil akan mengikuti tempoh pengajian selama 2 tahun (4 semester).
Pembelajaran di kolej vokasional menggunakan Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) yang dibangunkan oleh panel akademik dan industri. KSKV dilaksanakan berdasarkan pendidikan berasaskan keberhasilan Outcome Based Education (OBE) yang menitikberatkan kepada pencapaian keberhasilan murid selepas tamat pengajian.
Murid yang lulus pengajian di peringkat sijil akan dianugerahkan dwi persijilan iaitu Sijil Vokasional Malaysia (SVM) yang dianugerahkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 yang dianugerahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.
Murid yang lulus peringkat sijil dan memenuhi syarat kemasukan, layak menyambung pengajian diploma di dalam program yang sama di kolej vokasional.
NANTIKAN KEHADIRAN KAMI KE SEKOLAH ANDA UNTUK TAKLIMAT KEMASUKAN! #JOMMASUKKVS DI TIKTOK KVS!
Tarikh Permohonan : 1 Ogos 2024 - 8 September 2024
Pautan Permohonan : https://spskt4.moe.gov.my/
Maklumat Lanjut sila hubungi : Pejabat : 089 - 213 350
: 019 - 284 6479 ( Cik Nurhaslinah)
: 013- 5046898 (En Fazril)
PERMOHONAN MELALUI PORTAL : https://spskt4.moe.gov.my/