Permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional Miri kini sudah dibuka. Jangan lepaskan peluang untuk mengubah masa depan anda.
PERMOHONAN KEMASUKAN KE KOLEJ VOKASIONAL MIRI AMBILAN KOHORT 2026 KINI DI SUDAH DI BUKA.
SYARAT UMUM:
Pemohon adalah WARGANEGARA MALAYSIA.
Tingkatan 3 pada sesi akademik 2025/2026
Mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid.
WAJIB menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)
Mempunyai Pelaporan Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
Sihat tubuh badan.
Tiada sebarang kecederaan/ sejarah penyakit yang menghadkan, membataskan dan meyukarkan perlaksanaan kerja praktikal dan amali.
TIDAK rabun warna/ buta warna.
Berminat dengan program yang dipohon.
SYARAT KHUSUS:
Murid memperolehi sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi mata pelajaran berikut:
i.) Bahasa Melayu
ii.) Bahasa Inggeris
iii.) Matematik
iv) Sains
v.) Reka Bentuk dan Teknologi/ Asas Sains Komputer.
Murid akan mempelajari proses mengimpal ke atas logam dan seterusnya membuat kimpalan ke atas logam seperti kimpalan jenis arka dan gas, membaca simbol dan lukisan blueprint dan juga menguji sambungan kimpalan. Murid didedahkan tata cara serta teknik pemotongan mekanikal dan haba, lukisan kejuruteraan, fabrikasi, pemasangan kimpal paku dan kimpal arka logam berperisai. Di samping itu, murid juga didedahkan dengan automasi komputer.
Program ini memberi pendedahan asas enjin kenderaan bagi menimbulkan minat murid supaya bersedia dan berusaha untuk melanjutkan pembelajaran ke peringkat tertinggi dalam bidang automotif, menjadi modal insan yang berkemahiran dan dapat menyumbang ke arah pembangunan negara.
Program ini menawarkan pendedahan kepada amalan bengkel pemesinan industri, lukisan teknikal dan geometri, rekabentuk pembuatan terbantu komputer, mengenalpasti jenis, senarai alatan dan pengoperasian mesin industri.
Program ini menyediakan murid kepada sistem kuasa, arus (DC & AC), penyelenggaraan, pemasangan dan menguji elektrik domestik dan industri, kawalan motor, sengaraan kejuruteraan, melukis dan mentafsir litar serta memahami akta elektrikal dan peraturan pemasangan yang ditetapkan
Program ini menyediakan murid kepada asas perniagaan, penyelenggaraan, pengoperasian dan konfigurasi sistem komputer serta rangkaian dan penyimpanan data di samping pengurusan pentadbiran dan integrasi sistem maklumat.
Program ini menawarkan murid dalam pengurusan kewangan syarikat seperti penyediaan buku kira-kira, akaun runcitan, untung dan rugi, imbangan duga serta membuat analisa tentang prestasi syarikat.
Program ini menyediakan murid dalam industri pelancongan di mana pendedahan dalam bidang pengurusan acara, pengoperasian agensi pelancongan dan penguasaan dalam komunikasi bahasa asing serta kemahiran dalam pemasaran dan jualan.
Program ini memberi penekanan kepada mentafsir dan mengenalpasti simbol, komponen dan lukisan skematik, memahami, menguji dan mengira litar, prinsip kejuruteraan elektronik, pemasangan dan penyelenggaraan sistem audio dan video, digital, elektronik kuasa, sistem kawalan, sistem komunikasi dan industri robotik.