📢 ARAHAN PENGISIAN BORANG PENDAFTARAN BADAN BERUNIFORM 📢

Semua murid diwajibkan untuk mengisi Borang Pendaftaran Badan Beruniform Sekolah dengan maklumat yang tepat dan lengkap. Sila patuhi arahan berikut:

1️⃣ Gunakan Nama Penuh seperti dalam rekod sekolah.
2️⃣ Masukkan Kelas Semasa (Contoh: 4SA, 5RC).
3️⃣ Pilih Badan Beruniform yang BetulBadan Beruniform MESTI SAMA seperti tahun sebelumnya.
4️⃣ Semak Maklumat Sebelum Hantar – Pendaftaran yang tidak tepat akan ditolak.
5️⃣ Hanya Hantar Sekali Sahaja – Elakkan mengisi borang lebih daripada sekali.

🔹 Mengapa Perlu Kekal dalam Badan Beruniform yang Sama? 🔹
Menjimatkan Kos – Uniform yang telah dibeli boleh digunakan sepanjang persekolahan, mengelakkan pembaziran.
Memudahkan Penyertaan Aktiviti – Setiap badan beruniform mempunyai sistem latihan dan aktiviti tersendiri yang memerlukan kesinambungan dalam penyertaan.
Membina Identiti dan Kepimpinan – Kekal dalam badan beruniform yang sama membantu murid membina pengalaman dan kemahiran yang lebih mendalam.

⚠️ Sebarang perubahan hanya boleh dibuat dengan kelulusan pihak sekolah.