PROGRAM PENDIDIKAN DAN KESEDARAN ALAM SEKITAR SEKOLAH-SEKOLAH DI BAWAH PENTADBIRAN MPAJ TAHUN 2022
PROGRAM PENDIDIKAN DAN KESEDARAN ALAM SEKITAR SEKOLAH-SEKOLAH DI BAWAH PENTADBIRAN MPAJ TAHUN 2022
SMK Taman Kosas dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya telah menjalankan beberapa program Kitar Semula. Antaranya adalah Pertandingan Kitar Semula Antara Sekolah-Sekolah di bawah Pentadbiran MPAJ dengan kerjasama Fraser & Neave Holding Sdn Bhd dan Pertandingan Pengumpulan Minyak Masak Terpakai Tahun 2022.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran murid terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar serta melahirkan murid yang mengamalkan budaya kitar semula dalam kehidupan seharian. Program ini berjalan sepanjang Tahun 2022, bermula April 2022 sehingga Disember 2022.
PROGRAM OLAHRAGA SEKOLAH ANGKAT AKADEMI SUKAN UPM
Program ini merupakan jalinan hubungan antara pihak sekolah dengan UPM melalui sukan olahraga. Objektif utama program adalah untuk mencari bakat baru murid bagi menggalas cabaran pasukan Merentas Desa dan Olahraga ke Kejohanan MSSD Hulu Langat pada tahun 2023 dan seterusnya meneruskan kecemerlangan di dalam kejohanan tersebut.
Program dijalankan pada setiap hari Sabtu bermula pada 23 Julai 2022 sehingga 17 September 2022 bertempat di Stadium UPM.
PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN RAGBI
Jalinan kerjasama di antara National Rugby Development Program (NRDP), Malaysia Rugby Union (MRU), Majlis Sukan Negara (MSN), Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS)
Program ini bertujuan untuk melahirkan ramai pemain ragbi wanita untuk negara. Latihan dijalankan pada hari Selasa, Khamis, Jumaat dan Sabtu (dua kali sebulan)