Memastikan Gred Purata Sekolah (GPS) dalam PAJSK mencapai 1.70 keseluruhan bagi tahun semasa.
Mencapai sasaran 90% kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah.
Mendapat 60 tempat dalam pertandingan peringkat daerah, mendapat 15 tempat peringkat negeri, mendapat 10 tempat peringkat kebangsaan dan 8 peringkat antarabangsa dalam semua pencapaian Kokurikulum
Unit Kokurikulum SMK KAJANG UTAMA memberikan pendidikan yang berkualiti dan berkesan untuk membangunkan potensi murid agar menjadi insan yang cemerlang dari segi mental, fizikal dan emosi ke arah kecemerlangan dalam kokurikulum dan sukan ke tahap tertinggi.
Membina dan mengukuhkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam semua aktiviti kokurikulum dan sukan.
Memantapkan kemahiran berfikir dan berfikir aras tinggi dalam kalangan murid semasa melaksanakan pengurusan persatuan/ kelab/ unit beruniform dan semasa terlibat dalam aktiviti kokurikulum serta pertandingan.
Membina dan mengukuhkan kemahiran kepimpinan dalam kalangan murid agar menjadi pemimpin yang berwibawa dalam aktiviti kokurikulum.
Memperkembangkan potensi dan bakat murid ke arah peningkatan pencapaian kokurikulum dan sukan pada peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.