VISI
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
SK Sijangkang mengupayakan sistem pendidikan yang berkualiti dan berkesan melalui bidang Kokurikulum.
MISI
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA
SK Sijangkang melestarikan sistem pendidikan berkualiti melalui bidang Kokurikulum merangkumi kepimpinan, pengurusan organisasi, kurikulum dalam kokurikulum dan sukan yang berkesan bagi membangunkan potensi murid dalam memenuhi aspirasi negara
OBJEKTIF
Merancang dan melaksanakan program sukan, kokurikulum dan kesenian untuk membangunkan potensi ke arah melahirkan generasi yang berkemahiran tinggi, berbakat dan cergas.
Memastikan pelaksanaan program sukan, kokurikulum dan kesenian yang sedia ada mencapai piawaian yang ditetapkan;
Merancang dan mewujudkan kolaborasi yang strategik dengan pelbagai pihak dan agensi bagi pelaksanaan program dan aktiviti sukan, kokurikulum dan kesenian.
MATLAMAT
· Menyemai kesedaran kepada agama, kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Menyeimbangkan perkembangan mental dengan perkembangan sahsiah murid.
· Memberi pengukuhan & pengayaan yang telah
dipelajari dalam bilik darjah serta meluaskan
pengetahuan dan pengalaman
Meningkatkan minat, mencungkil bakat dan kemahiran dalam aktiviti kokurikulum yang
diminati.
· Meningkatkan tahap disiplin murid melalui pemupukan nilai dan sikap positif selaras dengan Rukun Negara.
· Meningkatkan suasana sekolah yang berwatak dan memupuk kegembiraan murid.
· Meningkatkan penglibatan dua hala antara ibu bapa, masyarakat, komuniti dengan pihak sekolah.
PN. HJH HAIRIAH BT JELANI
(PK KO-KURIKULUM)
SKS MANTAP akan direalisasikan dengan #togetherwemakeithappen. Kerja bersama-sama untuk mencipta kejayaan bersama. Serlahkan potensi, bakat, kemahiran, pupuk minat dan kesungguhan. Tiada yang mustahil sekiranya kita mulakan berbanding dengan kita tidak melakukan apa-apa! Kemenjadian murid melalui bidang Kokurikulum. Lets do, together we make it happen!
Jom Teroka..
Anda boleh dapatkan semua maklumat tentang Kokurikulum di sini..