Kursus ini bertujuan untuk menyediakan pelajar matrikulasi dengan pengetahuan, kemahiran praktikal, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam bidang Sains Komputer.
Kursus bagi subjek Sains Komputer ini dilaksanakan secara dua sistem iaitu Sistem Dua Semester (SDS) dan Sistem Empat Semester (SES). Pelajar yang mengambil subjek Sains Komputer adalah dari modul II (Fizik-Sains Komputer) dan modul III (Bio-Sains Komputer).
Berikut adalah pengenalan kepada kedua-dua sistem bagi subjek Sains Komputer.
MODE TEMPOH MASA KAEDAH PERLAKSANAAN PENTAKSIRAN
TUTORIAL 3JAM PdP DIJALANKAN BERSEMUKA TUGASAN BERTULIS
UPS
PSPM
PRAKTIKUM 2JAM PdP DIJALANKAN BERSEMUKA UJIAN PRAKTIKUM
Jumlah Jam Pembelajaran Pelajar (SLT) adalah merangkumi kedua-dua slot F2F (Face to Face) dan NF2F (Non Face to Face).
Slot F2F adalah sesi pertembungan pembelajaran antara pelajar dan pensyarah seperti yang telah ditetapkan dalam Jadual Waktu.
Slot NF2F adalah sesi pembelajaran kendiri pelajar.
Sesi ini dikira mengikut pemberatan pembelajaran dan tugasan mengikut topik.