Kursus AA015 Perakaunan 1 dan AA025 Perakaunan 2 ditawarkan kepada pelajar matrikulasi yang mengambil Jurusan Perakaunan. Kursus ini adalah subjek Teras yang wajib diambil pada semester 1 [Perakaunan 1] dan pada semester 2 [Perakaunan 2].

Perakaunan 1 ditawarkan untuk membolehkan pelajar memahami konsep perakaunan yang berkaitan dengan penyediaan laporan kewangan bagi perniagaan pembarangan dan perkhidmatan.

Manakala Perakaunan 2 ditawarkan untuk membolehkan pelajar memahami sesuatu urusniaga, menerangkan konsep dan kaedah pengekosan serta menyediakan maklumat perakaunan yang boleh membantu pihak pengurusan membuat perancangan, kawalan dan membuat keputusan dalam proses pengeluaran sesuatu produk.