MENU UTAMA JK TUGAS-TUGAS KHAS
Dalam konteks strategi akademik, Headcount (HC) didefinisikan sebagai satu proses mengenal pasti potensi akademik dan potensi kerjaya setiap pelajar.
Berdasarkan strategi tersebut pengukuran dan penilaian dianalisis secara terperinci dan menyeluruh dengan tujuan untuk mengesan perkembangan potensi pelajar dalam penguasaan bidang akademik.
Pengesanan tersebut disusuli dengan menentukan pendekatan pengajaran yang boleh membantu ke arah penambahbaikan pembelajaran pelajar.
Apakah rasional HC dilaksanakan?
Pengunjuran kecemerlanan yang diamalkan pada masa sekarang, berasaskan kenaikan peratus pada setiap tahun, seperti 5%, 8%, 10% dan seterusnya. Kenaikan peratusan ini tidak berdasar potensi individu pelajar. Pengunjuran itu tidak dikaitkan dengan kecergasan pelbagai ( multiple inteligences) pelajar secara individu, cita-cita, dan peluang belajar di IPTA/IPTS dan pencapaian akademik seluruhnya.
Kebanyakan pelajar tiada wawasan diri. Mereka belajar tanpa haluan dan fokus. Pelajar yang tiada matlamat diri tiada kesungguhan dalam pembelajaran.
Para pensyarah tidak dapat membimbing dan memotivasikan pelajarnya kerana tidak menganalisis data. Ini mengakibatkan strategi pemulihan, pengukuhan, dan pengayaan tidak dapat menepati sasaran.
Mengapa perlu HC ?
Melihat keupayaan sedia ada setiap pelajar.
Menilai potensi setiap pelajar yang dapat digarap.
Merancang program yang bersesuaian dengan kebolehan dan keupayaan pelajar berasaskan diagnosis yang tepat.
Untuk tujuan post-mortem dan tindakan penambahbaikan yang proaktif.
Pemantauan dan penilaian boleh dibuat oleh Pengarah, Ketua Jabatan, Ketua Unit dan Pensyarah secara saintifik.
Unit akademik dapat berfungsi dengan lebih berkesan.
Daftar istilah
TOV (Take Off Value) :
= Nilai letak kerja seseorang pelajar berdasarkan potensi sedia ada seperti hasil pembelajaran (pencapaian akademik) dalam setiap kursus (Contoh : TOV semester 1 = Pencapaian SPM pelajar dan TOV semester 2 = Pencapaian PSPM1 pelajar).
ETR (Expected Targeted Result) :
= Sasaran hasil pembelajaran yang diharapkan (Contoh : Pencapaian PSPM1 dan PSPM2).
OTR (Operational Targeted Result) :
= Hasil pembelajaran yang disasarkan berasaskan TOV dan ETR ditetapkan melalui satu-satu fasa penilaian (Contoh : HOC fasa 1 untuk memperolehi OTR1 dan HOC fasa 2 untuk memperolehi OTR2).
OTI (Operational Targeted Increment) :
= Peningkatan hasil pembelajaran disasarkan (Contoh : OTI1 = OTR1 - TOV dan OTI2 = OTR2 - OTR1)
AR (Acquired Result) :
= Hasil pembelajaran sebenar yang diperolehi pada setiap fasa penilaian (Contoh AR1 = Pencapaian sebenar pelajar dalam HOC1 dan AR2 = Pencapaian sebenar pelajar dalam HOC2)