LATAR BELAKANG

Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merancang pelaksanaan pertandingan-pertandingan Kokurikulum Akademik STEM sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid19. Pelaksanaan pertandingan-pertandingan Kokurikulum Akademik STEM ini merupakan usaha BSKK, KPM bagi memastikan Inisiatif Pengukuhan STEM, KPM dapat terus dilaksanakan walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid19. Dengan pelaksanaan aktiviti-aktiviti pertandingan Kokurikulum Akademik STEM sepanjang Tempoh Kawalan Pergerakan (PKP) ini, pihak BSKK, KPM telah membuat perubahan ke atas pelaksanaan pertandingan-pertandingan yang sebelum ini dilaksanakan dalam Karnival STEM. Usaha melaksanakan aktiviti- aktiviti pertandingan Kokurikulum Akademik STEM bertujuan merealisasikan salah satu elemen utama (Keberhasilan Murid) dalam Inisiatif Pengukuhan STEM, iaitu melahirkan murid yang berkebolehan mereka cipta, berfikiran secara logik, menggunakan teknologi, menyelesaikan masalah dan mencipta idea atau sesuatu yang baharu melalui pembelajaran bersepadu merangkumi STEM yang mengaplikasikan konteks dunia sebenar. Pertandingan-pertandingan yang akan diadakan sepanjang tempoh PKP Covid19 ini berfokuskan pengetahuan dan kemahiran individu murid. Dalam pertandingan-pertandingan ini, murid-murid diberi peluang untuk menyerlahkan bakat dan keupayaan mereka dalam menghasilkan projek-projek STEM di rumah masing-masing dan projek-projek tersebut akan dihantar secara atas talian kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk dinilai. Kebanyakan daripada pertandingan ini juga berkonsepkan online di mana, murid-murid boleh mengaplikasi penggunaan teknologi ICT dalam menghasilkan projek atau menjawab soalan-soalan olimpiad dalam pertandingan-pertandingan yang disediakan.

Berikut adalah merupakan pertandingan-pertandingan yang ditawarkan kepada murid-murid sepanjang Tempoh Kawalan Pergerakan (PKP) Covid19: