KONSEP & SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

SYARAT UMUM

  1. Penyertaan dibuka kepada semua murid Tahun 4 - 6 dan Tingkatan 1 - 5 sekolah-sekolah seliaan Jabatan Pendidikan Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur sahaja.

  2. Penghantaran penyertaan hendaklah dibuat melalui pautan (link) yang disediakan beserta dengan hasil projek dan maklumat lengkap peserta.

  3. Hanya nama peserta dan tahun/tingkatan sahaja DIBENARKAN ditulis @ disebut dalam hasil projek. Nama sekolah dan negeri TIDAK DIBENARKAN.

  4. Hasil projek mestilah tidak mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman, kebudayaan dan keagamaan.

  5. Peserta perlu menyatakan sumber yang diperoleh/digunakan semasa penghasilan projek.

Contoh :

i. Lagu: Dance Monkey oleh Tones and I

ii. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

  1. Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkaitan.

  2. Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD. Markah peserta adalah sulit dan sebarang aduan tidak akan dilayan.