Pertandingan STEM Show

  1. Terbuka kepada murid-murid sekolah menengah tingkatan 1 hingga 3 sahaja

  2. Fokus pertandingan ialah penyampaian mana-mana konsep STEM dalam bentuk persembahan.

  3. Bentuk persembahan adalah bebas dan penyampaian konsep STEM bergantung kepada kreativiti murid, dan boleh disampaikan dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris

  4. Sebarang elemen pembakaran dan penggunaan bahan merbahaya adalah tidak dibenarkan.

  5. Peserta perlu mendapatkan kebenaran ibu, bapa atau penjaga terlebih dahulu dan segala proses perlu di bawah pemantauan mereka.

  6. Persembahan boleh dilaksanakan secara individu atau bantuan ahli keluarga, walau bagaimanapun peranan murid yang mengambil bahagian akan diberi perhatian

  7. Persembahan mestilah hasil karya peserta sendiri dan tidak diplagiat daripada internet atau sumber-sumber lain.

  8. Persembahan perlu dirakam dan divideokan dalam tempoh kurang dari 5 minit.

  9. Video boleh disimpan dalam pilihan format MP4 / 3GP / AVI / MOV / WMV.

  10. Video hendaklah dimuatnaik di laman social (instagram atau facebook) dengan hashtag #jejakjuarakl #stemshowkl #UPBMJPWPKL.

  11. Penilaian video oleh juri adalah melalui carian hashtag di laman sosial.

  12. Penilaian adalah berdasarkan;

(i) pemilihan konsep sains - 35 markah

(ii) kreativiti persembahan - 35 markah

(iii) aliran persembahan - 15 markah

(iv) props - 15 markah


9.RUBRIK PEMARKAHAN STEM SHOWSM2020.pdf