Pertandingan Science Craft

  1. Terbuka kepada murid-murid sekolah menengah tingkatan 1 hingga 3 sahaja.

  2. Fokus pertandingan ialah mencungkil kreativiti murid-murid untuk mereka cipta kraf sains bagi tujuan pemahaman konsep sains menggunakan bahan-bahan terpakai.

  3. Sebarang elemen pembakaran dan penggunaan bahan merbahaya adalah tidak dibenarkan.

  4. Peserta perlu mendapatkan kebenaran ibu, bapa atau penjaga terlebih dahulu dan segala proses perlu berada di bawah pemantauan mereka.

  5. Projek mestilah hasil ciptaan peserta sendiri dan tidak diplagiat daripada internet atau sumber-sumber lain.

  6. Proses mereka cipta perlu dirakam dan divideokan dalam tempoh 3 - 4 minit.

  7. Video boleh disimpan dalam pilihan format MP4 / 3GP / AVI / MOV / WMV.

  8. Persembahan video bergantung kepada kreativiti masing-masing dan sebarang penerangan berkaitan projek boleh menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

  9. Video hendaklah dihantar melalui alamat pautan berikut: http://gg.gg/sciencecraft2020

  10. Penilaian adalah berdasarkan;

(i) Kreativiti - 30 markah

(ii) Kebolehfungsian - 25 markah

(iii) kekemasan projek - 15 markah

(iv) penerangan projek - 30 markah

8.RUBRIK PEMARKAHAN SCIENCE CRAFTSM2020.pdf