KELAS KHAS KEMAHIRAN
__________________________________________________________________________________
MEMBACA DAN MENGHAFAZ AL-QURAN (KKQ)
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
Repositori ini dibangunkan oleh Jurulatih Utama Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran (KKQ), Jabatan Pendidikan Negeri Selangor sebagai sumber panduan dan rujukan kepada guru-guru dalam menguruskan pelaksanaan KKQ di sekolah serta membantu pengajaran dan pemudahcaraan yang lebih menarik dan berkesan. Repositori ini merupakan satu sistem penyimpanan digital yang merangkumi dokumen-dokumen pelaksanaan KKQ diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia serta kompilasi bahan sokongan pembelajaran hasil karya guru-guru KKQ seluruh Malaysia untuk dimanfaatkan sepenuhnya. Diharapkan ianya mampu menjadikan kelas KKQ dilaksanakan dengan sebaiknya
Hasil karya adalah hak milik asal penulis
Jadual untuk kelas KKQ hendaklah disusun dengan baik dan bersifat fleksibel.
Jadual yang diperuntukkan untuk kelas ini adalah tiga jam seminggu iaitu 180 minit bagi setiap tingkatan seperti yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Perancangan Pelajaran (JPP).
Guru KKQ yang mengajar di sekolah yang hanya mempunyai pelajar KAA tingkatan 1 sehingga tingkatan 3,
Wajib mengajar kelas ini selama 9 jam atau 540 minit seminggu iaitu menyamai 13.5 masa mengajar seminggu.
Baki dari jumlah masa mengajar tersebut hendaklah guru KKQ mewujudkan kelas-kelas/program pemulihan al-Quran bagi semua tingkatan di pelbagai aliran dan dimasukkan dalam jadual rasmi guru mengajar.
Jika sekiranya terdapat lagi lebihan masa, bolehlah diarah guru tersebut membantu mengajar subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.
Bagi guru KKQ yang mengajar di SMKA dan sekolah-sekolah yang mewujudkan kelas KAA sehingga tingkatan 5,
Wajib mengajar kelas ini selama 15 jam atau 900 minit seminggu iaitu menyamai 22.5 masa mengajar seminggu.
Baki dari jumlah masa tersebut (6 hingga 8 masa) hendaklah diwujudkan juga kelas-kelas pemulihan Al-Quran.
Pihak sekolah hendaklah menetapkan semua waktu kelas termasuklah kelas pemulihan tersebut diluar jadual waktu rasmi
Sama ada pada waktu pagi bagi pelajar sesi petang dan waktu petang bagi pelajar sesi pagi.
Jadual mereka adalah rasmi dan termasuk dalam jadual induk sekolah.
Setiap murid yang mengikuti kelas ini akan mengikuti Peperiksaan Khas yang dilaksanakan semasa tingkatan tiga dan juga tingkatan lima.
Peperiksaan dilaksanakan dalam bentuk lisan dan objektif (aneka pilihan) meliputi aspek hafazan, tajwid, tarannum, ulum quran dan qiraat sabie. Semua soalan disediakan oleh Jawatankuasa Khas di Kementerian Pelajaran Malaysia.
Peperiksaan Lisan akan dilaksanakan oleh guru yang mengajar mengikut panduan yang telah ditentukan. Panduan dan format ujian akan dihantar kepada guru berkenaan. Markah yang telah siap akan dihantar kepada Kementerian untuk disatukan dengan markah peperiksaan objektif.
Peperiksaan objektif dilaksanakan serentak di seluruh negara. Skrip jawapan calon akan dihantar kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk diperiksa dan diberi markah.
Murid yang lulus dalam peperiksaan tersebut akan dianugerahkan sijil yang ditandatangani oleh timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (JAPIM) yang merupakan pengerusi Jawatankuasa Khas Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran.
Guru Al-Quran adalah jawatan Over & Above diberi kepada sekolah menengah harian biasa yang mempunyai KAA dan juga SMKA. Di antara tugas dan tanggungjawab guru Al-quran ialah :
Melaksanakan kelas KKQ.
Mereka boleh (dengan budibicara) diminta mengajar mata pelajaran lain seperti Pendidikan Islam dan Bahasa Arab sekiranya masih terdapat kekosongan dalam jadual mereka.
Bertanggungjawab melaksanakan projek-projek khas yang berkaitan dengan Al-Quran seperti Kelas Pemulihan dan sebagainya.
Membimbing murid-murid membaca Al-Quran.
Menanam minat murid dan warga sekolah kepada Al-Quran sehingga terbentuk masyarakat celik Al-Quran.
Bertanggungjawab membasmi buta Al-Quran di kalangan pelajar.
Menjadi tempat rujukan warga sekolah berkaitan dengan Al-Quran dan aspek kemahiran Al-Quran.
Mematuhi arahan pengetua sekolah dan menjalankan tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.
ALBUM PROGRAM KKQ PERINGKAT NEGERI
KURSUS PROFESIONALISME GKQ
8 Mei 2024, di SMK Seksyen 18, Shah Alam
Berikut ialah contoh jadual pelaksanaan kelas bagi kelas KAA mengikut kesesuaian sekolah
Sukatan KKQ Menengah Rendah
melibatkan 5 bahagian sahaja
Sukatan KKQ Menengah Atas
melibatkan 4 bahagian sahaja