KATA ALUAN GURU BESAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera , bersyukur kita kepada allah s.w.t kerana limpah kurnia SKBJ dapat melancarkan D'SKBJ KIDS TV PSS sepertimana yang dikehendaki KPM. Projek KIDS TV PSS adalah satu projek khas/inovasi Pusat Sumber Sekolah dalam menyokong Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) abad ke 21. Objektif pembinaan TV PSS di sekolah adalah

  1. Untuk melatih murid berkomunikasi bertepatan dengan kemahiran literasi maklumat di sekolah serta meningkatkan keyakinan diri.

  2. Memberi pengalaman kepada murid untuk berkomunikasi di hadapan kamera video dan penonton.

  3. Mendedahkan pelajar kepada aspek-aspek kewartawanan, undang-undang serta penulisan berita.

  4. Sebagai satu tempat aktiviti PdP di luar kelas.

  5. Berkongsi bagaimana penubuhan TV PSS dapat menyumbangkan kejayaan bernilai kepada sekolah khususnya dan dunia Pendidikan amnya.

  6. Merupakan satu medium yang membolehkan waris pelajar mendapatkan maklumat tentang aktiviti sekolah.

7.Menyokong ciri-ciri serta kemahiran pembelajaran abad ke -21.

Diharap dengan adanya program ini dapat mencungkil bakat-bakat terpendam anak-anak murid SKBJ.

EN.ZAINAL BIN AHMAD

Antara program/acara yang dijadikan rakaman untuk TV PSS:

- Kejayaan sekolah/individu.

- Kejadian/tragedi di sekitar /luar sekolah.

- Lawatan pihak luar ke sekolah.

- Majlis persaraan.

- dan lain-lain acara yg sesuai untuk dirakam dan ditayangkan di Youtube.

* Adalah sukacita diingatkan bahawa TV PSS bertujuan untuk tonjolkan kemenjadian murid. Jadi bakat dan kemahiran murid yang perlu dicungkil dan diasah. Guru hanya membantu.

LOGO RASMI D'SKBJ TV KID'S PSS SK BAGAN JERMAL


INTRO D'SKBJ TV KIDS PSS SK BAGAN JERMAL