Program Khemah Ibadah (ADNI) 2024

POSTER/BANNER PROGRAM

LATAR BELAKANG PROGRAM

Program ini berlangsung seperti ketetapan berikut:

         PENGENALAN / LATAR BELAKANG

 

Proses melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja dilihat dari kecemerlangan akademik dengan mendapat keputusan peperiksaan yang hebat-hebat. Pelajar cemerlang yang dimaksudkan adalah seorang pelajar yang memiliki kehebatan yang seimbang antara pencapaian akademik , ko-kurikulum, sahsiah , personaliti dan asas agamanya. Kebejatan sosial dikalangan remaja kian menjadi-jadi dan persekitaran di sekolah, rumah, dan persekitaran umum telah memberi sumbangan secara langsung dan tidak langsung kepada pembentukan akhlak , jati diri , gaya fikir dan cara kehidupan sosial mereka.

 

Proses bimbingan akhlak, jati diri merupakan proses yang perlu dilakukan pada setiap masa, tempat, suasana dan persekitaran. Ianya perlu disirami kepada setiap jiwa remaja agar hati dan perwatakannya dibasahi dengan ciri-ciri remaja yang soleh dan solehah, bersopan santun, mengenali dirinya sebagai khalifah kepada Pencipta dan dapat memainkan peranan dan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini.

 

Asasnya, jiwa anak remaja ini lembut dan masih boleh dilentur serta dicorakkan namun ianya perlu berterusan dan sentiasa berada dipersekitaran yang merangsang untuk mereka berada pada situasi itu. Atas kesedaran ini,PROGRAM KHEMAH IBADAH untuk anak-anak remaja ini perlu dilaksanakan sebagai ruang untuk mereka bermuhasabah, mengenal diri sendiri sebagai khalifah, memperbaiki kualiti solat dan bacaan Al-quran dan menetapkan matlamat kehidupan selepas ini.

ULASAN PROGRAM

Program Khemah Ibadah adalah program julung kali dilaksanakan dibawah anjuran Lestari Adab dan Nilai Peringkat Negeri Selangor. Sasaran Program ini kepada murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 dan dibantu oleh barisan fasilitator.

Program Khemah Ibadah berlangsung pada hari Isnin 20 Mei 2024 dengan menjemput penceramah jemputan iaitu Ustaz Mohd Izwan bin Jamaluddin daripada Sk Sawah Sempadan. Ceramah tersebut berkaitan Ibadah dan Kejayaan.

Hari Kedua Program pada 21 Mei 2024 dimulakan dengan LDK yang dibimbing oleh Fasilitator mengikut slot yang telah diatur sepanjang Program Khemah ibadah berlangsung. Murid terlibat dalam aktiviti dalam kumpulan seperti amali wuduk, menyemak bacaan dalam solat, amali solat jemaah, azan, bacaan wirid dan doa selepas solat serta eksplorasi minda.

Majlis tamat pada jam 2,00 petang dengan Penyampaian Hadiah kepada pemenang pertandingan . Majlis Penutup bersama Tuan Pengetua agar program ini memberi impak kepada murid berkaitan solat dengan sempurna.

BUKU PROGRAM/ PAMPLET

KERTAS KERJA/ SURAT MENYURAT

KERTAS KERJA KHEMAH IBADAH 2024

KK KHEMAH IBADAH 2024 ADNI.pdf

Kertas Kerja Khemah Ibadah 2024

Surat makluman kepada penjaga.

Surat Jemputan Penceramah

MINIT MESYUARAT PROGRAM

MINIT MESYUARAT KHEMAH IBADAH BIL 1.pdf

MINIT MESYUARAT BIL 1: PENTADBIR SEKOLAH

MINIT MESYUARAT KHEMAH IBADAH BIL 2.pdf

MINIT MESYUARAT BIL 2: AJK PELAKSANA

FOLDER GOOGLE DRIVE GAMBAR/VIDEO PROGRAM

LAPORAN PROGRAM KHEMAH IBADAH 2024

Laporan program - KHEMAH IBADAH 2024 ADNI.pdf
LAPORAN KEWANGAN PERUNTUKAN ADNI FASA 1 2024.pdf