PENGENALAN PANITIA KMK
Subjek Kesusasteraan Melayu (KM) mula diperkenalkan di SMK Bandar Sungai Petani pada tahun 2008 sebaik sahaja guru sastera Cikgu Wan Sukeri bin Wan Ibrahim telah berpindah masuk daripada SMK Bedong. Pada peringkat awalnya subjek Sastera telah diperkenalkan di peringkat SPM. Setahun kemudian subjek Kesusasteraan Melayu mula diperkenalkan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 6 Rendah dengan menggunakan nama Kesusasteraan Melayu mengikut sistem pembelajaran terminal. Bermula tahun 2008 sehingga kini Panitia Sastera hanya dianggotai oleh seorang guru.
Pada tahun 2012 Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah mengubah sistem pembelajaran STPM kepada sistem penggal. Sehubungan dengan itu pelajar STPM akan menduduki peperiksaan sebanyak 3 penggal (922/1, 922/2, 922/3) dan 1 tugasan untuk Kerja Kursus (922/4). Subjek Kesusasteraan Melayu juga diubah menjadi Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK) dengan menggunakan teks kajian baru serta skop pembelajaran yang berbeza pada tahun-tahun sebelumnya. Sukatan pelajaran KMK lebih bersifat komunikatif dan tidak lagi berpusatkan kepada penghayatan teks semata-mata. Ia merangkumi pembelajaran pemahaman dan penghayatan teks, pembangunan sastera dan kreativiti multimedia.
MATLAMAT PEMBELAJARAN KMK
Meningkatkan pengetahuan pelajar melalui penghayatan karya, bina insan dan pembangunan kreativiti berasaskan teks sastera terpilih
Meransang pertumbuhan dan perkembangan sahsiah dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, kepercayaan dn kepatuhan kepada Tuhan, patriotisme, estetik, berbudi bahasa dan ketahanan diri
Meneroka disiplin, mengkomunikasikan ilmu, penulisan kreatif, prinsip pengurusan dan elemen multimedia dalam sastera
OBJEKTIF PEMBELAJARAN KMK
Mengapresiasi karya sastera
Menghuraikan konsep sastera dalam pembangunan meliputi pembangunan insan, masyarakat dan negara
Menghasilkan karya kreatif
Menyunting karya kreatif
Menguasai dan menghurai prinsip pengurusan dalam organisasi sastera
Mengkaji dan memahami ilmu pengurusan dalam karya
Menguasai dan mengaplikasi elemen multimedia dalam teks sastera terpilih