Antara dua pasu bunga ini, manakah yang lebih stabil?
Antara dua buah bas ini, mana satukah yang lebih stabil?
Bagaimanakah cara memerhatikan kestabilan?
Kaji kaedah berikut:
Contoh pemerhatian-
1) Gelas yang tinggi jatuh terlebih dahulu.
2) Gelas yang tinggi lebih cepat jatuh.
3) Gelas yang tinggi yang pertama jatuh.
Mengkaji ketinggian objek sebagai faktor kestabilan
Tiga buah gulungan kertas seperti dalam gambar diletakkan di atas permukaan rata. Permukaan rata itu kemudian disendengkan sehingga semua gulungan kertas terjatuh.
Apakah contoh pemerhatian daripada penyiasatan di atas?
1) R jatuh paling cepat.
2) P jatuh paling lambat.
3) R yang pertama jatuh.
4) P yang terakhir jatuh.
5) R mengambil masa 5 saat untuk terjatuh. (Jika ada masa direkodkan)
6) P mengambil masa 10 saat untuk terjatuh (Jika ada masa direkodkan)
Daripada penyiasatan di atas-
objek yang tinggi jatuh dahulu kerana kurang kestabilan.
objek yang rendah jatuh kemudian kerana lebih stabil
Mengakaji luas tapak objek sebagai faktor kestabilan.
Apakah pemerhatian yang mungkin didapati apabila bongkah-bongkah kayu dicondongkan perlahan-lahan sehingga kesemuanya terjatuh?
1) Bongkah L jatuh pertama, manakal bongkah J jatuh yang terakhir.
2) Bongkah L jatuh yang paling cepat, manakala bongkah J jatuh paling lambat.
Sekali lagi diingatkan, murid-murid tidak boleh menggunakan perkataan kestabilan apabila diminta memberi pemerhatian.
Dua penyiasatan di atas menunjukkan bahawa faktor kepada kestabilan sesuatu objek atau binaan ialah-
ketinggian objek/ binaan
keluasan tapak objek/ binaan