Aedes merupakan genus nyamuk yang asalnya ditemui di kawasan tropika dan subtropika, namun telah tersebar disebabkan kegiatan manusia.Nyamuk ini bertanggungjawab membawa virus ke dalam darah manusia dan menyebarkan beberapa penyakit berbahaya seperti demam denggi.
Air bertakung adalah tempat pembiakan nyamuk.Telur akan dilepaskan oleh nyamuk betina pada sudut bekas air bertakung tersebut sebelum ia menetas menjadi jentik-jentik dalam tempoh 2 hingga 7 hari. Dalam tempoh seminggu, jentik-jentik berubah menjadi kepompong, seterusnya menjadi nyamuk.
Cari dan musnah tempat pembiakan nyamuk Aedes secara berkala di dalam dan luar rumah serta di persekitaran kejiranan termasuk di lorong belakang dan kawasan komuniti.
Buang bekas-bekas yang berpotensi menjadi tempat air bertakung yang merupakan tempat pembiakan nyamuk Aedes seperti lapik pasu bunga dan palung air hujan.