PENGENALAN 

KEM WIRA KBAT

Wira KBAT merujuk kepada penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid. Murid yang berkompetensi tinggi akan membimbing  rakan dan menjadi model teladan. Bahan Sumber ini dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum untuk membantu guru berkaitan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam PdPc. Selain itu juga ia membantu murid melaksanakan latihan berunsurkan kemahiran berfikir aras tinggi. Portal interaktif ini bertujuan memberi peluang untuk pembelajaran secara kendiri dan pemikiran komputasional. 


Portal ini menyediakan pengalaman kepada murid merasai pembelajaran kendiri secara simulasi, gamifikasi dan interaktif. Terdapat video tutorial, grafik animasi, model-building, analisis data, pengaturcaraan berasaskan blok dan teks, persekitaran simulasi dan hiperlink-text semasa menyelesaikan tugasan. Melalui teknologi,  guru meneroka kaedah pengajaran yang terkini manakala murid dapat meneroka pembelajaran yang baharu secara kendiri.  Portal ini Merupakan  bahan sokongan untuk meningkatkan aras pengetahuan dan kemahiran penyelesaian masalah dalam bentuk interaktif asas pengaturcaraan, literasi digital, literasi bacaan, sains dan matematik.