Selamat Datang ke Laman Repositori  “Kembara ke Dunia Ais” ! 


PENGENALAN

Laman repositori ini merupakan himpunan bahan pembelajaran digital yang berkaitan dengan Unit 5: Zaman Air Batu bagi murid Tahun 4. Segala bahan disusun secara sistematik untuk memudahkan akses oleh guru, murid dan ibu bapa.

Repositori ini mengandungi pelbagai jenis bahan seperti nota pembelajaran, lembaran kerja digital, pautan video pendidikan, kuiz interaktif, serta bahan sokongan tambahan yang berkaitan dengan kandungan kurikulum.

Semua bahan dalam laman ini direka bentuk agar sesuai dengan tahap kefahaman murid dan mudah digunakan dalam pelbagai situasi pembelajaran sama ada di sekolah mahupun di rumah.