Pengumuman Daripada:
Jawatankuasa Promosi Induk Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), SPS JPN Sabah.
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Wallpaper SPS Komited Membudayakan EKSA 2022 telah dikemaskini.
3. Sehubungan itu, dimohon kerjasama semua Ketua Zon dan kakitangan di SPS agar dapat memastikan penggunaan wallpaper yang telah diedarkan di komputer dan komputer riba milik Jabatan.
Perhatian dan komitmen daripada pihak Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sumber YouTube : Credit Dayang Shuanah
EKSA mula diperkenalkan oleh MAMPU pada Januari 2014. Ianya merupakan penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam. Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi–agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam. Secara khususnya, penjenamaan semula ini dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan agensi kerajaan:
1. memperluas pelaksanaan di agensi-agensi Kerajaan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif;
2. meningkatkan imej korporat;
3. menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan;
4. menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau; dan
5. memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan.
TUJUAN
EKSA dilihat sebagai satu program yang menggalakkan jabatan/fakulti/pusat/institute/unit agar lebih kreatif dan inovatif dalam usaha mewujudkan persekitaran kerja yang sesuai dan mampu meningkatkan produktiviti serta kualiti penyampaian perkhidmatan.
EKSA dapat dilaksanakan secara tersusun melalui pewujudan tadbir urus dan tindakan pengurusan yang mantap merangkumi perkara-perkara seperti yang berikut:
mewujudkan Jawatankuasa Pelaksana EKSA dan menetapkan pelan tindakan pelaksanaan yang jelas
mewujudkan sektor/zon kerja sanaan yang jelas
mengadakan program latihan
mengadakan pelancaran EKSA jabatan/agensi
Selain daripada itu, EKSA juga memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang merangkumi Kriteria Generik dan Kriteria Khusus dengan turut mengambil kira kepelbagaian premis agensi Kerajaan mengikut jenis-jenis perkhidmatan yang diberikan. Pendekatan one-size-fits-all yang dipraktikkan sebelum ini didapati kurang memadai untuk memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan pada masa ini. Justeru, penilaian EKSA ini akan disesuaikan mengikut lokaliti agensi yang diaudit.
Kesimpulannya, EKSA yang diperkenalkan ini bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang telah sedia ada diamalkan, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif.