Selamat Datang Ke Laman Ekonomi Cikgu Elu
Permintaan merujuk kepada kesanggupan, keinginan, & kemampuan pengguna untuk membeli sejumlah kuantiti barang dan perkhidmatan pada tingkat harga tertentu dalam jangka masa tertentu.
Hukum DD – semakin tinggi harga (P) sesuatu, Qd (kuantiti diminta) akan berkurangan, semakin turun harga sesuatu barang, semakin tinggi Qd
hubungan antara harga (P) dengan kuantiti diminta (Qd) adalah songsang atau negatif
Apabila harga tinggi, Qd ( kuantiti diminta rendah)
Apabila harga rendah, Qd tinggi
Perubahan harga dan Qd dalam jadual menunjukkan hubungan songsang/ negatif antara harga dengan Qd ( selaras dengan hukum permintaan )
Gambar rajah menunjukkan hubungan antara tingkat harga dengan kuantiti diminta (Qd)
Paksi X menunjukkan kuantiti (unit) & paksi Y menunjukkan harga (RM)
Apabila harga brg X ialah RM5 perunit, Qd ialah 2 unit seperti ditunjukkan titik A
Apabila harga semakin ↓, Qd semakin ↑
Dengan menyambungkan titik A, B, C, D, E, maka terbentuk keluk permintaan(DD) yg mencerun ke bawah dari kiri ke kanan
Mencerun ke bawah menunjukkan hubungan songsang/negatif antara tingkat harga barang dengan kuantiti diminta (Qd)
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERMINTAAN
1.HARGA BARANG ITU
P ↑ , ia menjadi lebih mahal secara relatif berbanding dengan barang lain, Qd ↓ kerana pengguna akan menggantikannya dgn barang lain yang lebih murah
oleh itu, P ↑ Qd ↓ dan P ↓ Qd ↑
2. CITA RASA PENGGUNA
berubah dan berbeza mengikut peringkat umur, taraf hidup dan budaya sesuatu bangsa
Jika cita rasa pengguna positif ( suka), DD terhadap barang tersebut ↑, keluk DD beralih ke kanan,
Sebaliknya , jika cita rasa pengguna negative ( x suka) sesuatu barang, maka DD terhadap barang itu ↓,maka , keluk DD akan beralih ke kiri
Pengiklanan – mempengaruhi cita rasa, iklan bangkitkan minat, menimbulkan keinginan dan berbelanja pada penggguna
kesimpulannya, jika cita rasa terhadap sstu brg ↑, Qd ↑ dan jika pengguna kurang minat terhadap sstu brg, Qd ↓
3.TINGKAT PENDAPATAN PENGGUNA
apabilla ↑ Y( pendapatan pengguna), kuasa beli ↑,Qd↑
apabila ↓Y, kuasa beli pengguna ↓, Qd↓
kesan pendapatan pengguna terhadap DD bergantung pada jenis barang yg diminta,( barang biasa/ barang bawahan/ barang mesti )
(i) Barang biasa – hubungan antara pendapatan (Y) pengguna dgn DD terhadap barang biasa secara positif, apabila Y ↑pengguna, kuasa beli ↑, DD terhadap barang biasa ↑, keluk DD beralih ke kanan
sebaliknya, pengurangan Y pengguna, contoh cukai pendapatan naik, kuasa beli ↓, DD terhadap barang biasa ↓, keluk DD beralih ke kiri
(ii) barang bawahan – barang yg bermutu rendah seperti beras hancur, hubungan antara Y pengguna dgn DD terhadap barang bawahan adalah secara songsang / negative
apabila Y pengguna ↑, kuasa beli pengguna ↑ menyebabkan pengguna menukarkan penggunaan barang bawahan yg bermutu rendah dan murah kpd barang yg lebih bermutu tinggi pada harga yg lebih tinggi, Y pengguna ↑, DD barang bawahan↓, keluk DD barang bawahan akan beralih ke kiri
sebaliknya, apabila Y pengguna ↓, kuasa beli ↓, kemerosotan kuasa beli menyebabkan pengguna ↑ penggunaan barang bawahan,
pengurangan Y pengguna akan ↑ DD terhadap barang bawahan, keluk DD barang bawahan akan beralih ke kanan
(iii) Barang mesti – barang keperluan digunakan seharian ( beras, garam….)
walapun pendapatan Y naik atau kurang, DD terhadap barang mesti x berubah
4.HARGA BARANG LAIN
kesan perubahan harga barang lain terhadap permintaan sesuatu barang bergantung pada jenis barang tersebut, sama ada barang pengganti, barang penggenap atau barang neutral
(i) Barang pengganti - barang yg dapat menggantikan fungsi barang lain, contoh ikan dan daging
apabila harga ikan naik, dengan andaikan harga daging tak berubah, harga ikan menjadi relatif lebih mahal, maka pengguna akan mengurangkan pembelian ikan dan membeli lebih banyak daging, DD terhadap daging ↑
↑ DD daging akan menyebabkan keluk DD daging beralih ke kanan, ↑ harga ikan menyebabkan DD terhadap daging ↑
-Apabila harga ikan naik dari P1 ke P2,Qd ikan ↓drpd Q1 ke Q2, dgn harga daging tetap, DD terhadap daging bertambah drpd Q1 ke Q2.
-Sebaliknya, apabila harga ikan ↓P1 ke P3, Qd ikan ↑ Q1 ke Q3, DD terhadap daging berkurang drpd Q1 ke Q3
-Keluk permintaan daging beralih ke kiri dari D1D1 ke D3D3
-Hubungan antara harga sesuatu barang dgn permintaan barang penggantinya adalah positif
-Apabila harga ikan ↑ dari P1 ke P2, Qd daging ↑ drpd Q1 ke Q2
-Sebaliknya, apabila harga ikan ↓ dari P1 ke P3, Qd daging ↓ drpd Q1 ke Q3
-Garis yg mencerun ke atas dari kiri ke kanan menunjukkan hubungan positif antara harga sesuatu barang ( ikan dgn kuantiti diminta barang penggantinya (daging)
(ii) Barang penggenap – barang yg mesti digunakan secara bersama dengan barang lain, contoh barang penggenap ialah kereta dan petrol
contohnya, kenaikan harga kereta akan ↓ Qd kereta , pengurangan Qd kereta secara langsung akan mengurangkan DD terhadap petrol
Apabila harga kereta ↑ dari P1 ke P2, Qd kereta ↓ drpd Q1 ke Q2, dengan andaian harga petrol tidak berubah, iaitu tetap P1, permintaan terhadap petrol ↓ drpd Q1 ke Q2, keluk DD petrol beralih ke kiri dari D1D1 ke D2D2
Apabila harga kereta ↓ dari P1P3, Qd kereta ↑ drpd Q1 ke Q3, dengan andaian harga petrol tidak berubah, DD terhadap petrol ↑ drpd Q1 ke Q3, keluk DD petrol beralih ke kanan dari D1D1 ke D3D3
-Hubungan antara harga sesuatu barang dgn permintan barang penggenapnya adalah secara songsang (negative )
-Apabila harga kereta ↑dari P1 ke P2, Qd petrol ↓ drpd Q1 ke Q2
-Sebaliknya,apabila harga kereta ↓dari P1 ke P3, Qd petrol ↑ drpd Q1 kepada Q3
-Garis yg mencerun ke bawah dari kiri ke kanan menunjukkan hubungan negatif atau songsang antara harga sesuatu barang (kereta) dengan Qd barang penggenapnya (petrol)
5. KADAR BUNGA (r)
apabila r ↑,kos pinjaman ↑ akan mengurangkan ⅀ pinjaman, DD terhadap rumah dan kereta akan ↓
6. MUSIM (musim perayaan / musim hujan)
Pada musim perayaan, DD terhadap barang keperluan seperti gula, tepung, ayam , biskut raya akan meningkat, keluk DD barang ini akan beralih ke kanan
Pada musim hujan, DD terhadap paying dan baju hujan akan meningkat di pasaran, maka keluk DD paying dan baju hujan akan beralih ke kanan
Sebaliknya, pada musim panas, DD terhadap penyaman udara akan meningkat, maka keluk DD penyaman udara akan beralih ke kanan
7. DASAR KERAJAAAN
mempengaruhi DD secara langsung atau tidak lansung melalui dasar cukai atau pemberian subsidi
kerajaan ↑ kadar cukai pendapatan, Yd ↓, permintaan pengguna terhadap barang di pasaran akan ↓, keluk DD akan beralih ke kiri, sebaliknya apbila kerajaan ↓cukai pendapatan perseorangan, pendapatan boleh guna ( Yd) ↑, kuasa beli ↑, DD ↑ keluk DD beralih ke kanan.
apabila kerajaan ↑ subsidi dan bantuan kebajikan kepd gol miskin, kuasa beli ↑, DD terhadap barang di pasaran akan ↑, Keluk DD beralih ke kanan
8. SAIZ PENDUDUK
saiz dan struktur penduduk di sesebuah negara dapat memberi kesan terhadap permintaan pasaran
permintaan pasaran menjadi relatif lebih besar jika bilangan atau saiz penduduk adalah besar,..,contoh DD terhadap keperluan asas akan ↑ seperti makanan, pakaian,… keluk DD akan beralih ke kanan
permintaan pasaran akan menjadi relatif kecil jika bilangan atau saiz penduduk adalah kecil, pengurangan DD menyebabkan keluk DD beralih ke kiri
struktur penduduk akan mencorakkan permintaan pasaran sesebuah negara, jika sebahagian besar penduduk ialah gol wanita, maka DD pasaran terhadap barang keperluan wanita seperti barang komestik & barang kegunaan dapur ↑, keluk DD akan beralih ke kanan
jika sebahagian besar penduduk ialah kumpulan remaja & kanak-kanak, DD terhadap barang sukan,alat tulis, alat permainan ↑, keluk DD akan beralih ke kanan
9. AGIHAN PENDAPATAN
taburan kekayaan antara gol kaya dgn gol miskin dalam sesebuah negara
gol yg berpendapatan rendah akan belanjakan hampir keseluruhan pendapatan mrk utk membeli barang keperluan asas seperti makanan dan pakaian, maka jika neg mempunyai gol miskin yg banyak, DD terhadap keperluan asas / barang bawahan akan ↑, keluk DD barang tersebut akan beralih ke kanan
sebaliknya, gol berpendapatan tinggi cenderung belanjakan sebahagian besar pendapatan untuk membeli barang mewah dan barang biasa, maka jika sesebuah neg mempunyai gol kaya yg banyak , maka permintaan terhadap barang mewah dan barang biasa ↑, keluk DD barang tersebut akan beralih ke kanan
kuasa beli gol kaya lebih tinggi drpd gol miskin, oleh itu, jika kekayaan neg dibolot oleh sebahagian kecil golongan kaya di neg itu, maka DD pasaran akan berkurang, sebaliknya jika kekayaan sesebuah nega dibolot oleh sebahagian besar gol kaya dalam neg itu, maka permintaan pasaran akan ↑
w/p , pengagihan pendapatan yg lebih saksama ant gol kaya ddgn gol miskin akan menyebabkan permintaan terhadap barang di pasaran ↑, kesan permintaan pasaran secara keseluruhan juga akan ↑
10. JANGKAAN HARGA MASA DEPAN
apabila ramai pengguna menjangka harga sesuatu barang akan ↑ pada masa depan, maka mereka kan membeli barang tersebut dgn banyak masa kini/sekarang, maka permintaan terhadap barang tersebut akan ↑, contoh , jika harga gula dijangka naik pada masa depan, pengguna akan membeli gula dengan banyak pada masa kini, maka keluk permintaan gula akan beralih ke kanan
jika pengguna menjangkakan harga sesuatu barang akan turun pada masa depan, pengguna akan mengurangkan pembelian barang trsebut pada masa ini, contoh, jiga harga pakaian dijangka akan turun pada masa depan, maka pengguna akan mengurangkan pembelian pakaian pada masa kini, maka keluk permintaan pakaian akan beralih ke kiri
SEBAB KELUK DD BERCERUN NEGATIF
1.Kesan Penggantian ( Kesan barang pengganti )
apabila harga sesuatu barang naik, Qd terhadap barang tersebut ↓ kerana pengguna mengurangkan penggunaan barang tersebut dan beralih ke penggunaan barang pengganti yg relatif lebih murah
sebaliknya, apabila harga sesuatu barang ↓, Qd↑, kerana pengguna telah menambahkan penggunaan barang tersebut dan kurang menggunakan barang pengganti yang relatif lebih mahal
2.Kesan Pendapatan Benar
apabila harga sesuatu ↑, kuasa beli pengguna akan ↓, kerana dgn jumlah pendapatan yg sama, kuantiti barang yg dapat dibeli akan berkurang, maka Qd terhadap barang tersebut akan berkurang. Ini bermaksud pengurangan pendapatan benar akibat P ↑ akan menyebabkan Qd terhadap barang tersebut ↓
sebaliknya, apabila harga sesuatu barang turun, kuasa beli pengguna akan meningkat kerana dengan jumlah pendapatan yg sama, kuantiti barang yg dapat dibeli akan bertambah. Maka, Qd terhadap barang tersebut akan ↑, Ini bermakna akibat kejatuhan harga sesuatu barang, pendapatan benar meningkat akan menyebabkan Qd terhadap sesuatu barang ↑
3.Hukum Utiliti Sut berkurangan
Utiliti merujuk kpd kepuasan yg diperolehi pengguna drpd penggunaan sesuatu barang
Utiliti sut ialah tambahan kepuasan yg diperolehi pengguna akibat tambahan satu unit barang yg digunakan
Hukum utiliti sut berkurangan menyatakan kepuasan yg diperolehi oleh pengguna akan semakin berkurang apabila pengguna terus-menerus menambahkan penggunaan sesuatu barang
Ini bermaksud kesediaan pengguna utk membayar semakin berkurang apabila semakin banyak sesuatu barang digunakan, maka, apabila P ↓ Qd akan meningkat
sebaliknya, kesediaan pengguna utk membayar semakin ↑ jika semakin sedikit sesuatu brg itu digunakan, maka, apabila P↑, Qd ↓
PERUBAHAN KUANTITI DIMINTA (Qd)
- pergerakan di sepanjang keluk permintaan
yang sama
- akibat perubahan harga bagi barang itu
sendiri
-jika harga turun Po ke P1, Qd naik dari Qo ke Q1,pergerakan ke bawah dari titik A ke titik B dikenali sebagai pengembangan permintaan
-jika harga naik Po ke P2, Qd jatuh dari Qo ke Q1,pergerakan ke atas dari titik A ke titik B dikenali sebagai penguncupan permintaan
PERUBAHAN PERMINTAAN (DD)
ditunjukkan oleh peralihan keluk permintaan ke kanan atau ke kiri
disebabkan oleh faktor selain perubahan harga barang itu sendiri
apabila permintaan ↑, keluk DD beralih ke kanan dari DD ke D1D1, pada tingkat harga sama Po, kuantiti permintaan ↑dari Q1 ke Q2, peralihan keluk DD ke kanan dari DD ke D2D2 dikenali sebagai pertambahan permintaan
apabila permintaan ↓, keluk DD beralih ke kiri dari DD ke D3D3, pada tingkat harga sama Po, kuantiti permintaan ↓dari Q1 ke Q3, peralihan keluk DD ke kiri dari D1D1 ke D3D3 dikenali sebagai pengurangan permintaan
2.1 (b) PENAWARAN (SS)
Definisi : kuantiti barang atau perkhidmatan yg sanggup/mampu ditawarkan oleh seorang pengusaha atau firma pada tingkat harga tertentu dalam jangka masa tertentu
Hukum SS - apabila harga (P) naik, Qs akan ↑, sebaliknya apabila harga sesuatu barang↓, Qs akan↓
hubungan antara harga dengan kuantiti ditawar (Qs) adalah secara langsung / positif
JADUAL PENAWARAN
- apabila harga barang ↑, kuantiti ditawarkan (Qs) ↑
- apabila harga rendah, kuantiti ditawarkan ( Qs) ↓
- perubahan harga dan kuantiti ditawarkan (Qs) dalam jadual menunjukkan hubungan positif antara harga dengan kuantiti ditawarkan ( selaras dengan hukum penawaran )
KELUK PENAWARAN (SS)
-Gambar rajah menunjukkan hubungan antara tingkat harga dengan kuantiti ditawar ( Qs)
-Paksi X menunjukkan kuantiti ( unit ) & paksi Y menunjukkan harga (RM)
-Apabila harga brg X ialah RM 1 unit, Qs ialah 2 unit seperti ditunjukkan titik A
-Apabila harga semakin ↑, Qs semakin ↑
-Dengan menyambungkan titik-titik A, B, C, D dan E, maka terbentuk keluk penawaran (SS) yg mencerun ke atas dari kiri ke kanan
-Ini menunjukkan apabila P ↑, Qs ↑sebaliknya, apabila P ↓, Qs ↓
-Ini menunjukkan hubungan positif antara harga dengan kuantiti ditawarkan (Qs), selaras dgn hukum penawaran
PERSAMAAN PENAWARAN (SS)
Qs = a +bP
2 = a +b (1) ------[ persamaan 1 ]
4 = a +b (2) -------[ persamaan 2]
persamaan 2 tolak persamaan 1
4-2 = a-a +2b -1b
2 = 1b
2 = b
Gantikan b = 2 ke dalam persamaan 1
2 = a + 2(1)
2-2 = a
0 = a Jadi, Qs = 0 +2P
PENAWARAN FIRMA & PENAWARAN PASARAN
Penawaran firma ialah penawaran sebuah firma terhadap suatu barang pada tingkat harga tertentu & dalam jangka masa tertentu di pasaran
Penawaran pasaran ialah penawaran semua firma terhadap suatu barang pada tingkat harga tertentu & dalam jangka masa tertentu di pasaran
Panawaran pasaran diperolehi dengan mencampurkan semua penawaran firma secara mendaftar terhadap suatu barang pada setiap tingkat harga
Penawaran pasaran boleh diterbitkan drpd jadual penawaaran pasaran dan keluk penawaran pasaran
keluk penawaran pasaran lebih landai berbanding dengan keluk penawaran firma
Diberi persamaan penawaran sebuah firma terhadap barang Z ialah Qs = 60+4P. Jika terdapat lima buah firma mempunyai persamaan penawaran yang sama, berapakah penawaran pasaran terhadap barang K pada harga RM3.00 per unit ?
Cara I :
Pada harga RM3.00 per unit, penawaran sebuah firma terhadap barang Z ialah :
Qs = 60 +4P
= 60 + 4( RM3)
= 72 unit
Oleh sebab terdapat lima buah firma yg mempunyai persamaan penawaran yg sama, maka penawaran pasaran = 5 x 72 unit = 360 unit
Cara II :
Persamaan penawaran untuk lima buah firma terhadap barang Z ialah :
Qs = 5 (60 +4P)
= 300 + 20P
= 300 + 20( RM3)
= 360 unit
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENAWARAN (SS)
(a) Harga Barang Itu
apabila harga brg itu ↑, Qs ↑, sebab pengeluar ingin maksimun keuntungan, apabila harga barang itu ↓, Qs ↓
(b) Harga Input / harga bahan mentah
apabila harga input buruh/ bahan mentah ↓, kos pengeluaran ↓, keuntungan firma ↑, SS ↑, keluk SS beralih ke kanan
sebalik apabila harga input naik, kos pengeluaran ↑, keuntungan firma↓, pengeluar ↓tingkat output, SS↓, keluk SS akan beralih ke kiri
(c) Tingkat Teknologi
tek ↑, daya produktiviti firma ↑( daya pengeluaran),kos o/p↓,kualiti ↑, pengeluaran besar-besaran, keupayaan pengeluaran ↑, SS↑, keluk SS berlaih ke kanan
sebaliknya kemunduran tek/ merosot, daya produktiviti/pengeluaran↓, SS↓
(d) Matlamat Pengeluaran
maksimumkan keuntungan atau kebajikan sosial
pengeluar yg matlamat maksimum untung akan ↓SS, sebab pengeluaran berlebihan akan menyebabkan P↓, maka keluk penawaran akan beralih ke kiri
pengeluar yg maksimum jualan/ keluaran akan ↑SS, harga akan menjadi lebih rendah, firma ↑ pengeluaran, maka keluk penawaran beralih ke kanan
(e) Dasar Kerajaan
a/b kerajaan ↑ cukai terhadap barang yg diimport, menyebabkan harga import ↑, DD terhadap barang import ↓ & DD terhadap barang tempatan akan ↑, oleh itu ↑cukai import akan menyebabkan SS barang tempatan ↑, keluk SS barang tempatan beralih ke kanan
a/b kerajaan beri subsidi , kos pengeluaran ↓, firma ↑SS, keluk SS akan beralih ke kanan
a/b kerajaan ↓ cukai import, harga import lebih murah, DD terhadap import ↑, ini menyebabkan pengeluaran barang tempatan berkurangan , keluk SS barang tempatan beralih ke kiri
apabila kerajaan beri subsidi, kos pengeluaran ↓, SS↑
jika kerajaan mengurangkan subsidi , kos pengeluaran firma akan ↑, firma akan mengurangkan pengeluaran dan keluk SS akan beralih ke kiri
(f) Bilangan Pengeluar
a/b ramai pengeluar dalam pasaran, SS dalam pasaran ↑, keluk penawaran pasaran akan beralih ke kanan
sebaliknya, jika bilangan pengeluar dalam pasaran adalah sedikit akibat kos pengeluaran yg tinggi / pengeluaran mengalami kerugian, menyebabkan pengeluar keluar dari pasaran, SS dalam pasaran↓, maka keluk SS beralih ke kiri
(g) Jangkaan Masa Depan
jika pengeluar menjangkakan harga sesuatu barang naik, pengeluar akan ↓ pengeluaran barang tersebut masa ini, SS barang tersebut akan ↓ dgn banyak, maka keluk SS akan beralih ke kiri
sebaliknya jika pengeluar menjangkakan harga sesuatu barang akan turun, , firma akan menambahkan pengeluaran masa ini, maka keluk SS akan beralih ke kanan
(h) Faktor musim/iklim
Pengeluaran barang tertentu seperti buah-buahan bergantung kepada musim. Pengeluaran sayuran - sayuran dan ikan pula bergantung kepada faktor iklim atau cuaca. apabila tiba musim hujan, SS sayuran - sayuran dan ikan akan berkurangan.
(i) Harga barang lain
barang penawaran bersama - terdapat brg yg ditawarkan secara bersama, cth, daging lembu dan kulit lembu, a/p harga daging lembu ↑, kuantiti daging lembu ditawarkan akan ↑, maka SS kulit lembu turut ↑disebabkan naik harga daging lembu
barang penawaran bersaing – terdapat barang yg ditawarkan secara berasingan, cth daging ayam dan telur ayam, apabila harga daging ayam ↑, Qs daging ayam ↑, SS telur ayam akan ↓ disebabkan kenaikan harga daging ayam
PERUBAHAN KUANTITI DITAWARKAN
- disebabkan oleh perubahan harga barang itu sendiri
- ditunjukkan oleh pergerakkan disepanjang keluk SS yang sama
- Pengembangan SS ( P↑, QS ↑)
- Pengucupan SS (P↓, Qs↓)
Andaikan harga asal ialah Po dan kuantiti asal Qo pada titik A.
apabila harga naik dari Po ke P1, Qs naik dari Qo ke Q1, titik A bergerak ke titik B dikenali sebagai pengembangan penawaran
jika harga jatuh drpd Po ke P2, Qs jatuh dari Qo ke Q2, titik A bergerak ke titik C dikenali sebagai penguncupan penawaraan
PERUBAHAN PENAWARAN
-ditunjukkan oleh peralihan keluk penawaran ke kanan atau ke kiri
- disebabkan oleh faktor selain perubahan harga barang itu sendiri
apabila penawaran ↑, keluk SS beralih ke kanan dari S1S1 ke S2S2, pada tingkat harga sama P1, kuantiti penawaran ↑dari Q1 ke Q2, peralihan keluk SS ke kanan dari S1S1 ke S2S2 dikenali sebagai pertambahan penawaran
apabila penawaran ↓, keluk SS beralih ke kiri dari S1S1 ke S3S3, pada tingkat harga sama P1, kuantiti penawaran ↓dari Q1 ke Q3, peralihan keluk SS ke kanan dari S1S1 ke S3S3 dikenali sebagai pengurangan penawaran
2.2 KESEIMBANGAN PASARAN
pasaran dikatakan mencapai keseimbangan apabila kuantiti diminta sama dengan kuantiti ditawar ( Qd = Qs) atau DD = SS
keseimbangan pasaran boleh dijelaskan melalui 3 kaedah :
(i) jadual DD & SS
(ii) keluk DD & SS
(iii) rumus DD & SS
(i) Jadual DD & SS
keseimbangan pasaran berlaku apabila DD=SS di pasaaran iaiatu pada harga keseimbangan RM 3 dan kuantiti keseimbangan 9 unit
Lebihan permintaan (DD)
-pada harga yg lebih rendah drpd harga keseimbangan, wujud lebihan DD
-Lebihan DD ialah DD >SS atau Qd >Qs pada suatu tingkat harga tertentu di pasaran
-Lebihan DD menyebabkan harga naik, firma akan menambahkan keluaran sehingga mencapai keseimbangan iaitu DD = SS
Lebihan penawaran (SS)
-pada harga lebih tinggi drpd harga keseimbangan, wujud lebihan SS
-lebihan penawaran bermaksud SS > DD atau Qs > Qd pada suatu tingkat harga tertentu di pasaran
-Lebihan SS menyebabkan harga turun, maka firma akan mengurangkan keluaran sehingga mencapai keseimbangan, iaitu DD = SS
(ii) Keluk Keseimbangan Pasaran (DD = SS)
keseimbangan pasaran dicapai pada titik eo apabila SS=DD, Po, 0Qo
Pada harga P1, Qd ialah 0Q1 unit, Qs ialah 0Q2
unit, lebihan SS sebanyak Q1Q2 unit, stok lebihan,
pengeluar mengurangkan output, harga jatuh
sehingga tiada lebihan SS dan keseimbangan
dicapai semula pada harga Po dan kuantiti 0Qo
Pada harga P2, Qd ialah 0Q2 unit, Qs ialah 0Q1
unit, berlaku lebihan DD sebanyak Q1Q2 unit, stok
kurang, pengeluar men+ output, harga naik
sehingga tiada lebihan DD dan keseimbangan
dicapai semula pada harga Po dan kuantiti 0Qo
Harga keseimbangan Po, kuantiti keseimbangan
0Qo
(iii) Rumus (DD = SS @ Qd = Qs)
- Keseimbangan pasaran dicapai apabila permintaan sama dengan penawaran, iaitu Qd = Qs
Contoh :
Diberi persamaan permintaan ialah Qd = 150 -3P dan persamaan penawaran ialah Qs = 10+4P, tentukan keseimbangan pasaran…
Penyelesaian : Qd = Qs
150 -3P = 10 +4P
140 = 7 P
RM20 = P
Gantikan P = RM20 dalam persamaan permintaan atau persamaan penawaran seperti yg berikut :
Qd = 150 -3(20)
= 90 unit
atau,
Qs = 10 + 4(20)
= 90 unit
kesimpulan : harga keseimbangan = RM20 dan kuantiti keseimbangan ialah 90 unit
Perubahan Keseimbangan Pasaran
1. PERUBAHAN DD (5 Langkah Huraian)
(a) Pertambahan permintaan (DD) (5 Langkah Huraian)
(i) Keseimbangan asal dicapai di titik Eo apabila keluk DoDo= SoSo,pada harga keseimbangan Po dan kuantiti keseimbangan Qo (Keseimbangan asal)
(ii) Apabila pertambahan DD berlaku, ditunjukkan oleh keluk DD beralih ke kanan dari DoDo ke D1D1 (situasi)
(iii)Pada Po, berlaku lebihan permintaan sebanyak EoA, lebihan DD menyebabkan harga akan naik.Proses ini berterusan sehingga tiada lagi lebihan DD. (pada Po)
(iv)Keseimbangan baharu dicapai di titik E1 apabila D1D1 = SoSo, harga baru P1, kuantiti keseimbangan baharu Q1 (keseimbangan baru)
(v)Kesannya harga naik dari Po ke P1 dan kuantiti keseimbangan naik dari Qo ke Q1 (kesan)
(b) Pengurangan permintaan (DD) (5 Langkah Huraian)
(i) Keseimbangan asal dicapai di titik Eo apabila keluk DoDo= SoSo,pada harga keseimbangan Po dan kuantiti keseimbangan Qo
(ii) Apabila pengurangan DD berlaku, ditunjukkan oleh keluk DD beralih ke kiri dari DoDo ke D1D1
(iii)Pada Po, berlaku lebihan penawaran sebanyak EoA, lebihan SS menyebabkan harga akan jatuh. Proses ini berterusan sehingga tiada lebihan SS.
(iv)Keseimbangan baharu dicapai di titik E1 apabila D1D1 = SoSo, harga baru P1, kuantiti keseimbangan baharu Q1
(v)Kesannya harga jatuh dari Po ke P1 dan kuantiti keseimbangan menurun dari Qo ke Q1
2. PERUBAHAN SS (5 Langkah Huraian)
(c) Pertambahan penawaran (SS) (5 Langkah Huraian)
(i) Keseimbangan asal dicapai di titik Eo apabila keluk DoDo= SoSo,pada harga keseimbangan Po dan kuantiti keseimbangan Qo
(ii) Apabila pertambahan SS berlaku, ditunjukkan oleh keluk SS beralih ke kanan dari SoSo ke S1S1
(iii)Pada Po, berlaku lebihan penawaran sebanyak EoA, lebihan SS menyebabkan harga akan turun.Proses ini berterusan sehingga tiada lagi lebihan SS.
(iv)Keseimbangan baharu dicapai di titik E1 apabila DoDo = S1S1, harga baru P1, kuantiti keseimbangan baharu Q1
(v)Kesannya harga turun dari Po ke P1 dan kuantiti keseimbangan naik dari Qo ke Q1
(d) Pengurangan penawaran (SS) (5 Langkah Huraian)
(i) Keseimbangan asal dicapai di titik Eo apabila keluk DoDo= SoSo,pada harga keseimbangan Po dan kuantiti keseimbangan Qo
(ii) Apabila pergurangan SS berlaku, ditunjukkan oleh keluk SS beralih ke kiri dari SoSo ke S1S1
(iii)Pada Po, berlaku lebihan permintaan sebanyak EoA, lebihan DD menyebabkan harga akan naik.Proses ini berterusan sehingga tiada lagi lebihan DD.
(iv)Keseimbangan baharu dicapai di titik E1 apabila DoDo = S1S1, harga baru P1, kuantiti keseimbangan baharu Q1
(v)Kesannya harga naik dari Po ke P1 dan kuantiti keseimbangan turun dari Qo ke Q1
3. PERUBAHAN DD & SS (4 Langkah Huraian)
PERTAMBAHAN DD & PERTAMBAHAN SS (KADAR YG SAMA)
(i) Keseimbangan asal dicapai apabila keluk DoDo= SoSo, titik Eo, harga asal Po, kuantiti keseimbangan asal Qo (keseimbangan asal)
(ii) Andaikan permintaan dan penawaran bertambah pada kadar yg sama, maka keluk DD beralih ke kanan dari DoDo ke D1D1, keluk penawaran beralih ke kanan dari SoSo ke S1S1 dengan kadar yang sama (situasi- peralihan keluk)
(iii) Titik keseimbangan baharu dicapai apabila keluk permintaan D1D1 bersilang dgn keluk penawaran S1S1 pada titik E1, harga Po, kuantiti keseimbangan baru Q1 (keseimbangan baru)
(iv) Kesannya harga tetap sama, kuantiti keseimbangan naik dari Qo ke Q1 (kesan)
2. PENGURANGAN DD & PENGURANGAN SS (KADAR YG SAMA)
(i) Keseimbangan asal dicapai apabila keluk DoDo= SoSo, titik Eo, harga asal Po, kuantiti keseimbangan asal Qo
(ii) Andaikan permintaan dan penawaran berkurang pada kadar yg sama, maka keluk DD beralih ke kiri dari DoDo ke D1D1, keluk penawaran beralih ke kiri dari SoSo ke S1S1 dengan kadar yang sama
(iii) Titik keseimbangan baharu dicapai apabila keluk permintaan D1D1 bersilang dgn keluk penawaran S1S1 pada titik E1, harga Po, kuantiti keseimbangan baru Q1
(iv) Kesannya harga tetap sama, kuantiti keseimbangan akan turun dari Qo ke Q1
3. PENGURANGAN DD & PERTAMBAHAN SS (KADAR YG SAMA)
(i) Keseimbangan asal dicapai apabila keluk DoDo= SoSo, titik Eo, harga asal Po, kuantiti keseimbangan asal Qo
(ii) Andaikan berlaku pengurangan DD dan pertambahan penawaran pada kadar yg sama, maka keluk DD beralih ke kiri dari DoDo ke D1D1, keluk penawaran beralih ke kanan dari SoSo ke S1S1 dengan kadar yang sama
(iii) Keseimbangan baharu dicapai apabila keluk permintaan D1D1 bersilang dgn keluk penawaran S1S1 pada titik E1, harga P1, kuantiti keseimbangan Qo
(iv) Kesannya harga akan turun dari Po ke P1, kuantiti keseimbangan akan tetap pada Qo.
4.PERTAMBAHAN DD & PENGURANGAN SS (KADAR YG SAMA)
(i) Keseimbangan asal dicapai apabila keluk DoDo= SoSo, titik Eo, harga asal Po, kuantiti keseimbangan asal Qo
(ii) Andaikan berlaku pertambahan DD dan pengurangan penawaran pada kadar yg sama, maka keluk DD beralih ke kanan dari DoDo ke D1D1, keluk penawaran beralih ke kiri dari SoSo ke S1S1 dengan kadar yang sama
(iii) Keseimbangan baharu dicapai apabila keluk permintaan D1D1 bersilang dgn keluk penawaran S1S1 pada titik E1, harga P1, kuantiti keseimbangan Qo
(iv) Kesannya harga akan naik dari Po ke P1, kuantiti keseimbangan akan tetap pada Qo.
5.PERTAMBAHAN DD > PERTAMBAHAN SS
(i) Keseimbangan asal dicapai apabila keluk DoDo= SoSo, titik Eo, harga asal Po, kuantiti keseimbangan asal Qo
(ii) Andaikan berlaku pertambahan DD lebih besar dari pertambahan penawaran, maka keluk DD beralih ke kanan dari DoDo ke D1D1, keluk penawaran beralih ke kanan dari SoSo ke S1S1. Pertambahan DD > dari Pertambahan SS menyebabkan anjakan jarak DD ke kanan lebih besar daripada anjakan SS ke kanan.
(iii) Keseimbangan baharu dicapai apabila keluk permintaan D1D1 bersilang dgn keluk penawaran S1S1 pada titik E1, harga P1, kuantiti keseimbangan Q1
(iv) Kesannya harga akan naik dari Po ke P1, kuantiti keseimbangan juga naik dari Qo ke Q1.
QUIZ 🤩
QUESTION:
Diberi persamaan permintaan ialah Qd = 130- 2P dan persamaan penawaran ialah Qs= 10 +4P
(a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan
(b) sekiranya persamaan permintaan berubah menjadi Qd = 70 -2P dan persamaan penawaran tidak berubah :
(i) hitung harga dan kuantiti keseimbangan yang baharu
(ii) apakah yang berlaku kepada harga dan kuantiti keseimbangan ?
(iii) Lakarkan rajah yg menunjukkan keseimbangan asal dan keseimbangan baharu di pasaran, apakah yg berlaku pada keluk permintaan ?
(iv) Nyatakan tiga faktor yg menyebabkan perubahan permintaan tersebut
2.3 LEBIHAN PENGGUNA & LEBIHAN PENGELUAR
Perbezaan antara harga yang sanggup dibayar oleh pengguna dengan harga yang sebenar dibayar di pasaran.
Lebihan Pengguna = Harga yg sanggup dibayar - harga pasaran ( harga sebenar dlm pasaran)
Lebihan pengguna dapat dinikmati oleh pengguna selagi perbezaan antara kedua-dua harga tersebut ialah positif
Rumus : Lebihan pengguna = 1/2 x Tapak x Tinggi
Contoh pengiraan :
Lebihan Pengguna = 1/2 x 20 x (RM18 - RM10)
=1/2 x 20 x RM8
= RM80
❓Persamaan permintaan dan penawaran bagi barang X adalah seperti yg berikut :
Qd = 120 – 5P
Qs = 30 + 5P
Hitung lebihan pengguna barang X
perbezaan antara harga yang sanggup diterima atau dijual oleh pengeluar dengan harga yang sebenar dijual di pasaran.
Lebihan pengeluar= harga yg sebenarnya dijual /harga pasaran – harga yg sanggup diterima pengeluar
Lebihan pengeluar akan dapat dinikmati oleh pengeluar selagi perbezaan antara kedua-dua harga tersebut adalah positif
Rumus : Lebihan Pengeluar = 1/2 x Tapak x Tinggi
Contoh pengiraan:
Lebihan Pengguna = 1/2 x 20 x (RM6 - RM3)
=1/2 x 20 x RM3
= RM30
❓Persamaan permintaan dan penawaran bagi barang X adalah seperti yang berikut :
Qd = 120 – 5P
Qs = 30 + 5P
Hitung lebihan pengeluar barang X.
keanjalan permintaan
-keanjalan permintaan didefinisikan sebagai ukuran darjah tindak balas perubahan kuantiti diminta kesan perubahan harga barang itu sendiri, perubahan harga barang lain atau perubahan pendapatan
-Terdapat 3 jenis keanjalan permintaan :
(i) keanjalan permintaan harga
(ii) keanjalan permintaan silang
(iii) keanjalan permintaan pendapatan
(i) Keanjalan Permintaan Harga
Keanjalan permintaan harga mengukur darjah tindakbalas perubahan kuantiti diminta sesuatu barang kesan perubahan harga barang itu sendiri
Darjah Keanjalan Permintaan Harga
% perubahan kuantiti diminta bagi sesuatu barang lebih besar drpd % perubahan harga barang tersebut [ %∆ Q > % ∆ P]
Apabila harga naik dari 0Po ke 0P1, kuantiti akan menurun dengan banyak daripada 0Qo ke 0Q1
ini menunjukkan pengguna sangat responsif terhadap perubahan harga
Nilai keanjalan permintaan harga lebih drpd 1 tetapi kurang drpd infiniti ( 1< Ed <∞ )@ (Ed > 1)
Keluk permintaan berbentuk landai.
contoh barang adalah barang kemas.
% perubahan kuantiti diminta bagi sesuatu barang lebih kecil drpd % perubahan harga barang tersebut [ %∆ Q < % ∆ P]
Apabila harga naik dari 0Po ke 0P1, kuantiti akan menurun dengan sedikit daripada 0Qo ke 0Q1
ini menunjukkan pengguna tidak responsif terhadap perubahan harga
Nilai keanjalan permintaan harga lebih drpd kosong tetapi kurang drpd satu ( 0 <Ed <1)
% perubahan kuantiti diminta bagi sesuatu barang adalah sama dengan % perubahan harga barang tersebut [ %∆ Q = % ∆ P]
Ini bermaksud apabila P naik 1%, Qd akan turun 1%
Nilai keanjalan permintaan harga bersamaan satu ( Ed =1)
Keluk permintaan anjal satu berbentuk hiperbola segi empat tepat
Contoh ialah barang yang mempunyai pengganti tidak banyak.
Permintaan sesuatu barang dikatakan anjal sempurna apabila kejatuhan harga barang tersebut menyebabkan kuantiti diminta infiniti ( tidak terhingga banyaknya), tetapi kenaikan harga barang tersebut menyebabkan kuantiti diminta sifar.
Ini bermaksud, pengguna hanya akan membeli atau meminta sesuatu barang padatingkat harga Po dan tidak akan membeli langsung barang tersebut pada tingkat harga yang melebihi Po.
Nilai keanjalan permintaan harga ialah infiniti ( Ed = ∞)
Keluk permintaan anjal sempurna berbentuk garis mendatar selari paksi X (iaitu paksi kuantiti)
Contoh barang : barang bersifat homogen ( mempunyai barang pengganti yg sempurna)
Permintaan dikatakan tak anjal sempurna apabila perubahan harga sesuatu barang tidak memberi kesan kepada kuantiti diminta barang tersebut
Wlp harga sesuatu barang naik atau turun, kuantiti diminta barang tersebut tetap sama
Nilai keanjalan permintaan harga ialah sifar atau kosong (Ed = 0)
Keluk permintaan tak anjal sempurna berbentuk menegak selari dengan paksi Y (iaitu paksi harga)
Contoh barang : barang mesti seperti beras, garam
Jadual di sebelah menunjukkan pelbagai situasi kuantiti diminta bagi barang X pada tingkat harga RM8 dan RM10.
i) Hitung keanjalan permintaan harga barang X bagi setiap situasi apabila harga turun dari RM10 ke RM8 seunit.
ii) Tafsirkan nilai keanjalan permintaan tersebut.
HUBUNGAN ANTARA JUMLAH PERBELANJAAN ATAU JUMLAH HASIL DENGAN DARJAH KEANJALAN PERMINTAAN HARGA
Perubahan harga sesuatu barang akan mempengaruhi jumlah perbelanjaan yang dilakukan oleh pengguna atau jumlah hasil yang diterima oleh pengeluar, bergantung kepada darjah keanjalan permintaan harga barang tersebut
Rumus:
Jumlah perbelanjaan pengguna = Harga (P) x kuantiti (Q)
Jumlah hasil pengeluar (TR) = harga (P) X kuantiti (Q)
Jumlah perbelanjaan pengguna = Jumlah hasil pengeluar
1. HARGA NAIK [P↑]
Apbl. P↑, daripada Po ke P2, kuantiti diminta berkurang dari Qo ke Q2.
Jumlah hasil (TR) telah berubah daripada 0PoEoQo kepada 0P2E2Q2
Pengeluar memperolehi tambahan jumlah hasil sebanyak PoP2E2A tetapi mengalami kehilangan jumlah hasil sebanyak QoQ2AEo.
Tambahan jumlah hasil sebanyak PoP2E2A lebih kecil daripada pengeurangan jumlah hasil sebanyak QoQ2AEo.
Maka, jumlah hasil bersih pengeluar berkurang akibat P↑ / jumlah perbelanjaan pengguna berkurang.
1. HARGA TURUN [P↓]
Apbl. P↓, daripada Po ke P1, kuantiti diminta meningkat dari Qo ke Q1.
Jumlah hasil (TR) telah berubah daripada 0PoEoQo kepada 0P1E1Q1
Pengeluar mengalami pengurangan jumlah hasil sebanyak PoP1AEo tetapi memperoleh tambahan jumlah hasil sebanyak QoQ1E1A.
Tambahan jumlah hasil sebanyak QoQ1E1A lebih besar daripada kehilangan jumlah hasil sebanyak PoP1AEo.
Maka, jumlah hasil bersih pengeluar meningkat akibat P↓ / jumlah perbelanjaan pengguna meningkat.
Kesimpulannya, bagi Ed yg anjal (Ed > 1), P↑ akan menyebabkan TR ↓, manakala P↓ akan menyebabkan TR↑ (hubungan -ve antara P dengan TR apabila Ed anjal). Oleh itu, seorang pengeluar yg rasional akan P↓ bagi memperolehi TR@pendapatan yang lebih tinggi.
1. HARGA NAIK [P↑]
Apbl. P↑, daripada Po ke P2, kuantiti diminta berkurang dari Qo ke Q2.
Jumlah hasil (TR) telah berubah daripada 0PoEoQo kepada 0P2E2Q2
Pengeluar memperolehi tambahan jumlah hasil sebanyak PoP2E2A tetapi mengalami kehilangan jumlah hasil sebanyak QoQ2AEo.
Tambahan jumlah hasil sebanyak PoP2E2A lebih besar daripada pengurangan jumlah hasil sebanyak QoQ2AEo.
Maka, jumlah hasil bersih pengeluar bertambah akibat P↑ / jumlah perbelanjaan pengguna bertambah.
1. HARGA TURUN [P↓]
Apbl. P↓, daripada Po ke P1, kuantiti diminta meningkat dari Qo ke Q1.
Jumlah hasil (TR) telah berubah daripada 0PoEoQo kepada 0P1E1Q1
Pengeluar mengalami pengurangan jumlah hasil sebanyak PoP1AEo tetapi pertambahan jumlah hasil sebanyak QoQ1E1A.
Pengurangan jumlah hasil sebanyak PoP1AEo lebih besar daripada tambahan jumlah hasil sebanyak QoQ1E1A.
Maka, jumlah hasil bersih pengeluar berkurang akibat P↓ / jumlah perbelanjaan pengguna berkurang.
Kesimpulannya, bagi permintaan yang tak anjal, kenaikan harga akan menyebabkan jumlah hasil meningkat manakala kejatuhan harga akan menyebabkan jumlah hasil berkurangan.
Hubungan antara harga dengan jumlah hasil bagi barang yang mempunyai permintaan tak anjal adalah positif.
Oleh itu, barang yang mempunyai permintaan tak anjal, seorang pengeluar yang rasional akan menaikkan harga barang bagi memperolehi jumlah hasil yang lebih tinggi.
1. HARGA NAIK [P↑]
Apbl. P↑, daripada Po ke P2, kuantiti diminta berkurang dari Qo ke Q2.
Jumlah hasil (TR) telah berubah daripada 0PoEoQo kepada 0P2E2Q2
Pengeluar memperoleh tambahan jumlah hasil sebanyak PoP2E2A tetapi mengalami kehilangan jumlah hasil sebanyak QoQ2AEo.
Tambahan jumlah hasil sebanyak PoP2 E2A sama dengan kehilangan jumlah hasil sebanyak QoQ2AEo.
Oleh itu, jumlah hasil bersih pengeluar tidah berubah akibat kenaikan harga.
Ini bermakna kenaikkan harga tidak mengubah jumlah hasil pengeluar atau kenaikan harga tidak mengubah jumlah perbelanjaan pengguna.
1. HARGA TURUN [P↓]
Apbl. P↓, daripada Po ke P1, kuantiti diminta bertambah dari Qo ke Q1.
Jumlah hasil (TR) telah berubah daripada 0PoEoQo kepada 0P1E1Q1
Pengeluar mengalami kehilangan jumlah hasil sebanyak PoP1AEo tetapi memperoleh tambahan jumlah hasil sebanyak Q0Q1E1A.
Tambahan jumlah hasil sebanyak Q0Q1E1A sama dengan kehilangan jumlah hasil sebanyak PoP1AEo.
Oleh itu, jumlah hasil bersih pengeluar tidah berubah akibat penurunan harga.
Ini bermakna penurunan harga tidak mengubah jumlah hasil pengeluar atau penurunan harga tidak mengubah jumlah perbelanjaan pengguna.
KEANJALAN PERMINTAAN SILANG (Ec)
Mengukur darjah tindak balas perubahan kuantiti dimita terhadap sesuatu barang kesan perubahan harga barang lain.
Hubungan antara barang:
Ec= nilai positif (barang pengganti)
Ec= nilai negatif (barang penggenap)
Ec= sifar ((barang tiada kaitan)
Jadual di sebelah menunjukkan kuantiti diminta bagi barang B, C dan D pada tingkat harga Barang A sevabyak RM2 dan RM4 seunit.
Hitung nilai keanjalan permintaan silang bagi setiap barang apabila harga barang A naik dari RM2 ke RM4 seunit. Tentukan hubungan antara barang A dengan setiap barang tersebut.
Keanjalan Permintaan Pendapatan (Ey)
FAKTOR - FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEANJALAN PERMINTAAN
KEANJALAN PENAWARAN (Es)
DARJAH KEANJALAN PENAWARAN
FAKTOR - FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEANJALAN PENAWARAN
CAMPUR TANGAN KERAJAAN DALAM PASARAN
A) CUKAI
Cukai jualan merupakan salah satu jenis cukai tak langsung.
Cukai langsung yang dikenakan terhadap sesuatu barang akan menyebabkan kos pengeluaran firma meningkat.
Pengeluar boleh memindahkan beban cukai kepada pengguna dengan menaikkan harga barang dan perkhidmatan di pasaran.
Sejauh manakah beban cukai akan ditanggung oleh pembeli atau pengeluar(penjual) bergantung kepada keanjalan permintaan harga dan keanjalan penawaran sesuatu barang
🌀 KEANJALAN PENAWARAN & BEBAN CUKAI
Beban cukai merupakan bahagian cukai yang ditanggung oleh penjual atau pembeli.
keseimbangan pasaran asal a/b DoDo=SoSo, Eo, Po, Qo
andaikan kerajaan kenakan cukai jualan sebanyak P2Po seunit keluaran, kos pengeluaran ↑, sebab keluk SS tak anjal sempurna, w/p kos pengeluaran↑, penjual tetap mengeluarkan kuantiti yg sama Qo dan harga tetap Po
penjual tanggung semua beban cukai, iaitu PoP2 seunit keluaran atau P2PoEoA
pembeli tidak tanggung sebarang beban cukai
hasil cukai diterima kerajaan ialah P2PoEoA
lebihan pengguna x berubah, tetap PoEoD krn harga x berubah
keseimbangan pasaran asal a/b DoDo=SoSo, Eo, Po, Qo
andaikan kerajaan kenakan cukai jualan sebanyak P2P1 seunit keluaran, kos pengeluaran ↑,penjual mengurangkan SS, keluk SS beralih ke kiri dari SoSo ke S1S1
Keseimbangan baharu dicapai a/p DoDo=S1S1, E1, harga naik dari Po ke P1, kuantiti keluaran ↓ dari Qo ke Q1
Jumlah hasil kerajaan ialah P2P1E1A
beban cukai ditanggung pembeli ( PoP1E1B) < penjual ( PoP2BA) jika penawaran tak anjal
Lebihan pengguna berkurang, iaitu dari PoEoDo ke P1E1Do
Lebihan pengeluar berkurang drpd PoEoSo ke P1E1S1