KENALI TULISAN KHAT
KHAT NASAKH
Khat ini dinamakan khat nasakh kerana tulisannya digunakan untuk menaskhahkan atau membukukan al-Quran serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain. Bentuk khat nasakh ini telah diubahsuai oleh Ibnu Muqlah sehingga tulisannya menjadi seperti sekarang. Tulisan ini muncul pada abad ke 3 Hijrah atau 8 Masihi dan telah berkembang meluas pada hujung abad ke 4 Hijrah atau 9 Masihi.
Terdapat beberapa ciri-ciri khat nasakh ini, antaranya ialah ia mudah dibentuk, lembut, praktikal dan mudah dibaca kerana mempunyai baris. Tulisan khat nasakh ini digunakan pada zaman sekarang untuk menulis al-Quran, akhbardan majalah-majalah ilmiah
KHAT THULUTH
Khat thuluth dinamakan sebegini kerana huruf menegaknya ditulis dengan mata pen khat yang mempunyai ukuran tertentu iaitu mestilah mempunyai kelebaran sebanyak 1/3 (thuluth) lebar mata pen semasa ingin menulisnya. Selain nama khat thuluth, ia juga dikenali sebagai Ummul Khat (ibu tulisan). Seseorang penulis khat itu tidak akan digelar sebagai penulis khat yang handal selagi dia tidak betul-betul menguasai penulisan khat thuluth ini.
Ciri-ciri khat ini ialah hurufnya lembut, mudah dibentuk dan mudah dibaca kerana mempunyai baris.ia juga bersifat dekoratif dan mempunyai seni-seni tersendiri. Khat ini amat sesuai dijadikan perhiasan di masjid, rumah, bangunan, papan tanda dan sebagainya kerana tulisannya sangat cantik dan unik.
KHAT RIQ'AH
Ciri-ciri khat ini ialah bentuk huruf kecil, tegak dan tidak menggunakan baris. Khat riq’ah ini lebih cepat dan mudah ditulis jika dibandingkan dengan tulisan khat yang lain. Pada masa kini, tulisan khat ini menjadi tulisan harian buat masyarakat Arab
KHAT DIWANI
Antara ciri- ciri tulisan ini ialah ia berbentuk condong ke kiri, lembut, bindar dan melengkung, bersusun dan bertindih-tindih serta tidak berbaris. Pada masa kini, tulisan ini selalu digunakan untuk menulis sijil, watikah serta dijadikan sebagai tulisan hiasan sama ada di rumah mahupun masjid-masjid.