FEEL FREE TO VISIT MY KOKURIKULUM YOUTUBE CHANNEL
Kelab Seni Tari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi ditubuhkan pada awal tahun 2020 dan merupakan sebuah kelab yang aktif melaksanakan program-program yang berkaitan dengan seni dan budaya di sekolah secara langsung atau tidak langsung. Kelab ini menawarkan pendidikan formal menerusi modul-modul pendidikan seni yang pelbagai dan khusus bagi memenuhi keperluan murid serta penggiat seni dalam usaha sekolah dan kerajaan Malaysia membangunkan suatu platform seni budaya yang mantap dan mampan.
Pada awalnya Kelab Seni Tari dinamakan Kelab Seni Budaya ditubuhkan awal tahun 2005 .Pada tahun 2020, nama Kelab khas untuk Seni Tari ditubuhkan iaitu Kelab Seni Tari ditubuhkan dan aktiviti yang dijalankan adalah dengan nasihat tuan Pengetua dan Penolong Kanan Kokurikulum .
Selaras dengan kewujudan Kelab Seni Tari mulai tahun 2020 ini, perancangan telah disesuaikan mengikut landas aktiviti kokurikulum sekolah menengah. Di samping itu Kelab Seni Tari SMK Sungai Besi juga berperanan membantu melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh agensi luar. Para murid yang terlibat di dalam program ini akan diajar latihan asas tarian tradisional mengikit kaum di Malaysia.
Motto Persatuan Seni Tari ialah "Seni Tari Untuk Semua" yang selaras dengan tujuan penubuhannya. Berfalsafahkan tujuan untuk membina insan yang mempunyai sahsiah yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan fizikal, pasukan ini ternyata menarik minat ramai murid menyertainya.